awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaliyah tekad pamer aksi terbaik walau kurang latihan

Bernama
Bernama
07/03/2024
15:40 MYT
Aaliyah tekad pamer aksi terbaik walau kurang latihan
Aaliyah berkata beberapa bulan lepas, beliau terpaksa memberikan tumpuan kepada peperiksaan penting dan tidak dapat menjalani latihan enam hari seminggu. - Gambar FB Hanifah Yoong Yin Fah
KUALA LUMPUR: Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah tekad menampilkan aksi terbaik pada penampilan ke-11 di Moomba Masters, di Yarra River, Australia walaupun kurang menjalani latihan seperti kebiasaan.
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beberapa bulan lepas, beliau terpaksa memberikan tumpuan kepada peperiksaan penting dan tidak dapat menjalani latihan enam hari seminggu seperti dilakukannya menjelang kejohanan penting.
"Ia sentiasa mengujakan untuk meletakkan Moomba dalam kalendar kejohanan sebagai pembuka musim luncur air tahun ini. Sungai Yarra memberikan cabaran sebenar dan dinantikan orang ramai.
"Sudah tentu saya ingin berada di podium secara keseluruhan jika boleh tetapi saya perlu realistik kerana tidak dapat menjalani latihan sepenuhnya enam hari seminggu seperti kebiasaannya sebagai persediaan susulan menghadapi peperiksaan penting di universiti beberapa bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan oleh Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) hari ini.
Juara remaja empat kali dan pemenang keseluruhan kategori wanita 2022 di kejohanan itu akan bertanding dalam tiga kategori iaitu tricks, slalom dan jump dan diharap akan mengekalkan momentum kemenangannya selepas memenangi pingat gangsa acara jump di Kejohanan Dunia Bawah 21 tahun, tahun lepas.
Untuk rekod, Aaliyah meraih gangsa dalam acara tricks bagi kategori terbuka Moomba Masters pada Mac 2022 dengan merekodkan 7,050 mata di belakang Neilly Ross dari Kanada (10,390) dan Erika Lang dari Amerika Syarikat (10,260).
Sementara itu, menurut MWWF dalam kenyataan sama memaklumkan turut sama pada kejohanan berkenaan dua adik lelaki Aaliyah iaitu Aiden dan Adam yang dijemput bertanding pada kejohanan berprestij itu.
"Aiden yang berusia 18 tahun dan Adam berusia 16 tahun akan sama-sama menyertai acara tricks remaja lelaki," menurut kenyataan itu.
Moomba Masters bermula hari ini hingga 11 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Moomba Masters
#kategori wanita
#pingat gangsa
#MWWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan