KUALA LUMPUR: Jangan berhenti memperbaiki kelemahan diri dan kekalkan keyakinan pada tahap tertinggi sepanjang masa.
Itu adalah pesanan bekas pemain badminton beregu lelaki negara, Koo Kien Keat kepada pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mencipta sejarah muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, hari ini.
Katanya, sebaik meraih kejuaraan pertama di pentas tertinggi, seseorang pemain pasti menjadi tumpuan ramai terutama pihak lawan yang akan mula mengkaji corak permainan serta pendekatan yang digunakan dalam setiap perlawanan.
"Ketika saya berusia 21 tahun dan menang (pingat emas) Sukan Asia 2006 serta jadi juara All England 2007, memang masa itu adalah permulaan orang akan memerhati dan membaca kaedah permainan kita dengan teliti.
"Nasihat saya jangan berhenti menjadi pemain yang lebih baik dan kekalkan keyakinan tinggi setiap masa. Kekalkan kepercayaan kepada jurulatih dan maju ke hadapan untuk kejohanan lain yang lebih besar seperti Sukan Asia dan Olimpik," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Aaron-Wooi Yik, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, mengesahkan gelaran juara dunia selepas menewaskan bekas juara tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 pada final yang berlangsung selama 40 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.
Pencapaian itu menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia, selain menjadi hadiah cukup istimewa kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang bakal disambut 31 Ogos ini.
Mengulas mengenai persembahan cemerlang pasangan negara itu, Kien Keat, muncul naib juara bersama gandingannya, Tan Boon Heong pada Kejohanan Dunia 2010 di Paris, berkata Aaron-Wooi Yik tampil dengan corak permainan yang lebih jelas berbanding sebelum ini.
"Bagi saya mereka masih belum ada satu 'senjata' tertentu tetapi dalam kejohanan kali ini mereka bermain dengan amat jelas, mereka ada satu kaedah permainan yang kedua-dua pemain memahami tugas masing-masing di dalam gelanggang," katanya.
Ini merupakan penampilan keempat Aaron-Wooi Yik di kejohanan dunia dengan pencapaian terbaik sebelum ini adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China.
Sejak kejohanan dunia mula dipertandingkan pada 1977, sembilan wakil negara berjaya menjejakkan kaki ke pentas final dengan lima kali dalam acara perseorangan lelaki dan empat kali dalam saingan beregu lelaki.
Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, membuat penampilan terbanyak iaitu empat kali pada edisi 2011, 2013, 2014 yang menyaksikan beliau muncul naib juara, namun kemenangan itu dibatalkan kerana kesalahan berkaitan doping sebelum kembali menyertai kejohanan itu pada 2015.
Turut pernah beraksi Wong Choong Hann (2003) selain beregu adik beradik Datuk Seri Jalani-Datuk Razif Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Kien Keat-Boon Heong pada 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mencipta sejarah muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, hari ini. - Gambar/ Twitter@BA_Malaysia
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Beregu di ranking ke-19 dunia itu menewaskan Aaron-Wooi Yik, 21-14 dan 21-18 dalam pertarungan selama 40 minit.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Tahniah Malaysia! Aaron-Wooi Yik mara ke final All England
Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun kejuaraan bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton All England 2024.
All England: Kempen Lee Zii Jia bermula petang ini
Perjuangan empat lagi wakil negara dalam misi menembusi pusingan 32 Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 bermula hari ini.
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.
Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Terbuka India
Beregu nombor empat dunia itu tewas kepada wakil tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 18-21, 14-21.
Rexy kecewa Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei tidak manfaat perlawanan pertama
Rexy kecewa apabila kedua-dua wakil negara tidak memanfaatkan peluang untuk menang perlawanan pertama peringkat kumpulan pada aksi Jelajah Dunia Akhir BWF 2023.
Muncul juara Terbuka Denmark, Aaron-Wooi Yik raih gelaran Jelajah Dunia sulung
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya meraih gelaran Jelajah Dunia pertama mereka apabila menjuarai Terbuka Denmark 2023 malam ini di Jyske Bank Arena, Odense.
Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal mara ke separuh akhir acara badminton di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Masa kami untuk muncul juara belum tiba - Aaron
Aaron optimis masa akan tiba untuk bangkit meraih gelaran sambil mengakui kekalahan tersebut menjadi pengajaran berguna buat mereka.