Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) setelah menang tanpa bertanding pada kongres tahunan ke-64 persatuan itu yang berlangsung di Kelab Shah Alam, dekat sini, hari ini.
Beliau menyandang kerusi Presiden FAS sejak tahun 2010 setelah mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Timbalannya Datuk Abdul Mokhtar Ahmad turut mengekalkan jawatan setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAS bagi penggal 2014-2018 yang berlangsung pada kongres itu.
Pada kongres berkenaan, tiga daripada empat Naib Presiden -- Datuk Emran Kadir, Datuk Seri Subahan Kamal dan K. Palanisamy mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan yang diadakan.
Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan bin Md Ikshan tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai salah seorang Naib Presiden dan digantikan oleh Datuk Samin Sarmin.
Enam muka baru turut dilantik menganggotai jawatankuasa eksekutif FAS bersama tujuh muka lama.
Mereka adalah Omar Ali, Noor Hisham Mohd Ghouth, Ariffin Hamid, Datuk P. Sugumaran, Abd Rauf Ahmad dan Adanan Sariff manakala tujuh muka lama adalah Bendahari FAS Datuk S. Sivasundaram, Razak Abdul Karim, V. Thalayasingam, Mustaza Ahmad, K. Santhanaraju, R.Sekar Chandra dan Y.Suntharasagaran.
Dalam pada itu, Abdul Mokhtar yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam laman web rasmi FAS, www.faselangor.my. dipetik sebagai berkata kongres berkenaan berjalan lancar walaupun mengakui terdapat segelintir pihak yang cuba menggugatnya.
Katanya, kritikan menerusi pelbagai medium laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang diluahkan oleh segelintir penyokong Selangor merupakan satu pengajaran yang harus diambil ikhtibar oleh kepimpinan baharu FAS.
"Saya faham jiwa anak muda yang menuntut transformasi dalam FAS, malah saya sudah bersedia untuk membawa transformasi di tahap maksimum bermula hari ini," katanya.
Beliau berkata langkah pertama perubahan itu adalah dengan meletakkan beberapa calon muda dalam pemilihan kali ini terdiri daripada golongan profesional dalam bidang masing-masing dan bekas pemain Selangor untuk diserap ke dalam barisan exco FAS.
Abdul Mokhtar turut menggesa kepimpinan baharu FAS bekerja keras dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak Selangor pada masa akan datang sambil menggesa mereka untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang wujud dalam pengurusan pasukan.
Bernama
Mon Aug 18 2014
Khalid menyandang kerusi Presiden FAS sejak tahun 2010 setelah mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo - Gambar Fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).