awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdullah Sani janji selesaikan masalah gaji, jika terpilih Presiden KLFA

Bernama
Bernama
10/10/2024
04:44 MYT
Abdullah Sani janji selesaikan masalah gaji, jika terpilih Presiden KLFA
Abdullah Sani turut menyatakan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan KL City sebagai pasukan yang digeruni. - Facebook Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Calon Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berjanji akan menyelesaikan masalah tunggakan gaji Kuala Lumpur (KL) City FC sekiranya beliau menang dalam kongres pemilihan, Sabtu ini.
Abdullah Sani berkata beliau dan barisan kepimpinan yang bakal dilantik bertekad untuk memperbaiki kedudukan kewangan skuad warga kota, bagi memastikan pasukan itu bebas daripada isu tunggakan gaji.
"Perkara utama yang perlu diselesaikan adalah isu gaji. Mana-mana calon bertanding pasti mempunyai objektif yang sama, kerana masalah ini tidak boleh dibiarkan.
"Saya juga akan mencari solusi bagi menangani masalah kewangan dalaman, termasuk melalui kerjasama dengan syarikat swasta yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemegang saham KL City," katanya kepada media semalam.
Abdullah Sani, yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), turut menyatakan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan KL City sebagai pasukan yang digeruni.
Abdullah Sani berkata gabungan barisan politik dan korporat yang hampir kesemuanya terdiri daripada muka baharu diyakini mampu merealisasikan impian menyelesaikan masalah yang dihadapi KL City.
Pemilihan kongres KLFA Sabtu ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan presiden antara Abdullah Sani dan Naib Presiden KLFA Syed Yazid Syed Omar, setelah pencalonan ditutup pada 26 Sept lepas.
Syed Yazid, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), meraih pencalonan tertinggi dengan 15 sokongan daripada 27 ahli gabungan persatuan itu.
Abdullah Sani, yang merupakan pemangku Presiden KLFA sebelum ini, mendapat 12 sokongan, melepasi syarat 40 peratus pencalonan bagi merebut kerusi Presiden KLFA.
Bagi dua kerusi Timbalan Presiden pengarah dan penerbit terkenal Datuk Afdlin Shauki yang bergandingan dengan Datuk Azril Mat Drus akan dicabar oleh tokoh korporat Datuk Seri Wong Yeon Chai dan veteran bola sepak tanah air Datuk Kamarudin Hassan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur
#tunggakan gaji
#Abdullah Sani Abdul Hamid
#pemilihan kongres KLFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan