Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan lebih banyak jenis sukan untuk memantapkan lagi penganjuran Liga Sukan Untuk Semua tahun depan, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata mengikut perancangan, jenis sukan yang bakal diperkenalkan itu ialah sukan berbasikal dan mempertahankan diri, sebagai tambahan kepada tiga jenis sukan sedia ada iaitu futsal, bola jaring dan sepak takraw.
Beliau berharap liga tersebut dapat membudayakan sukan untuk semua masyarakat di seluruh negara melalui penglibatkan mereka dalam pelbagai jenis sukan popular dan seterusnya menggalakkan masyarakat bersukan secara berterusan.
Selain itu, katanya liga sukan itu juga bermatlamat meningkatkan kepakaran, kesukarelawan tempatan dan melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan.
“Tahun depan kita masukkan sukan berbasikal dan sukan mempertahankan diri sebagai komponen utama bagi Sukan Liga Sukan Untuk Semua.
"Ini perubahan yang kita buat kerana saya melihat sukan berbasikal semakin popular terutama di kawasan bandar dan penglibatan dalam sukan itu adalah berbilang kaum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Sukan Untuk Semua peringkat negeri Sabah di Kompleks Belia dan Sukan dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah, Mohd Dahali Matsin.
Liga itu yang akan berlangsung selama dua hari disertai lebih 3,000 peserta dari seluruh Sabah termasuk dari daerah Tawau, Sandakan, Kudat, Keningau, Pantai Barat dan Beaufort.
Terdahulu dalam ucapannya, Khairy berkata liga sukan itu penting bagi mengakarumbikan sukan di setiap kawasan termasuk di luar bandar dan pedalaman.
“Sukan amat penting dan harus dibudayakan. Kita berharap setiap anak di negara ini mesti aktif sekurang-kurangnya satu jenis sukan, sebab itu kita ada dasar 1Murid 1Sukan di sekolah.
“Mungkin bagi sekolah di kawasan pedalaman, agak sukar untuk melaksanakannya, namun Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan dan Negeri di negeri ini akan berusaha untuk membantu dan memupuk budaya bersukan di kalangan anak-anak muda supaya bergiat aktif dalam sukan,” katanya.
Khairy turut mengakui Sabah mempunyai bakat-bakat yang besar dalam bidang sukan dan berharap bakat mereka dapat digilap seterusnya mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Bernama
Sat Sep 07 2013
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.