awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acara terjun terus sumbang pingat emas kontinjen negara

Astro Arena
Astro Arena
08/06/2015
01:35 MYT
Acara terjun terus sumbang pingat emas kontinjen negara
Acara terjun terus menjadi lubuk emas kontinjen negara apabila berjaya meraih kedua-dua pingat emas yang dipertandingkan hari ini.
Pusat Akuatik OCBC menyaksikan kehebatan atlet terjun negara mempamerkan kehebatan masing-masing dalam acara 3m papan anjal lelaki dan 10m paltform seirama wanita.
Paling mengujakan ialah persembahaban gandingan penerjun berpengalaman Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet.
"Kami hanya berlatih beberapa kali memandangkan Mun Yee kena bertanding dalam Kejohanan Siri Dunia FINA.
"Bila digandingkan dengan penerjun senior seperti Mun Yee, saya perlu memastikan saya tidak melakukan kesilapan," kata Traisy Vivien, penerjun berusia 21 tahun dari Kuching, Sarawak.
Terdahulu, dalam acara 3m papan anjal lelaki, Ooi Tze Liang berjaya membawa pulang pingat emas Sukan SEA selepas mengungguli acara dengan mengumpul 473.55 mata selepas enam terjunan.
Pingat perak milik Ahmad Sukran Jamjami dari Indonesia dengan 381.00 mata dan pingat gangsa diraih Mark Lee dari Singapura dengan 349.25 mata.
Topic Berkaitan
##AyuhMalaysiaKu
#emas
#Malaysia
#Singapura
#Sukan SEA
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan