awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acara tiup sumpit digugur daripada Sukan Borneo 2025

Bernama
Bernama
17/09/2025
21:00 MYT
Acara tiup sumpit digugur daripada Sukan Borneo 2025
Abdul Karim berkata, walaupun acara itu antara sukan tradisional yang dirancang untuk diketengahkan, hanya beberapa kontinjen berminat menyertainya. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Acara tiup sumpit yang sepatutnya dipertandingkan pada Sukan Borneo 2025 digugurkan berikutan kurang penyertaan daripada kontinjen yang mengambil bahagian.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun acara itu antara sukan tradisional yang dirancang untuk diketengahkan, hanya beberapa kontinjen berminat menyertainya.
"Kita memang merancang untuk mengadakan dua acara tradisional iaitu tiup sumpit dan tarik tali. Namun, disebabkan kurang sambutan, tiup sumpit tidak dapat diteruskan. Tarik tali tetap dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pengambilan kit perlumbaan Kuching Marathon ke-10 di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Rabu.
Sukan Borneo 2025 akan berlangsung dari 24 hingga 28 Sept ini dengan penyertaan kontinjen dari Sarawak, Sabah, Labuan, Brunei serta Provinsi Kalimantan Timur.
Abdul Karim berkata, bagi edisi kali ini hanya satu provinsi dari Indonesia akan menyertai iaitu Kalimantan Timur, manakala Kalimantan Barat tidak dapat mengambil bahagian atas faktor tertentu.
Antara acara yang dipertandingkan pada Sukan Borneo 2025 ialah olahraga, renang, badminton, memanah dan boling padang.
Sukan Borneo pertama kali dianjurkan pada 1995 dan kali terakhir diadakan pada 2013 di Labuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Borneo 2025
#tiup sumpit
#acara tradisional
#kit perlumbaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan