awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACC: KL City catat kekalahan pertama

Bernama
Bernama
09/01/2025
21:50 MYT
ACC: KL City catat kekalahan pertama
Antara aksi menarik dalam kempen ACC 2024/2025 antara KL City FC dan Lion City Sailors di Stadium Jalan Besar, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Facebook Kuala Lumpur City
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC mencatatkan kekalahan pertama mereka dalam kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) 2024/2025 apabila kalah 0-2 kepada Lion City Sailors dari Singapura pada perlawanan di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Kapten pasukan Lion City Sailors Bailey Wright berjaya menanduk masuk bola pada minit ke-26 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan pada perlawanan Kumpulan B.
Pemain sayap dari Belgium Maxime Lestienne, kemudianya menggandakan kedudukan pada minit ke-66 bagi membolehkan kelab Singapura itu menang perlawanan pertama mereka pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan.
KL City terpaksa menerima kekalahan pertama mereka dalam kejohanan itu, selepas menang 1-0 ke atas Kaya Iloilo dari Filipina dan juga 1-0 ketika menentang Borneo FC Samarinda dari Indonesia.
City Boys seterusnya akan bertemu Cong An Ha Noi FC (Vietnam) pada 23 Jan di Cheras, sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Buriram United di Chang Arena, Thailand pada 6 Feb.
KL City masih boleh layak ke peringkat separuh akhir jika menduduki kedudukan dua teratas peringkat kumpulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur City FC
#ACC 2024
#Kejohanan Kelab ASEAN 2024 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan