Bintang yang bakal menyerlah: Neymar (Brazil); Luka Modric, Mario Mandzukic (Croatia); Javier Hernandez, Raul Jimenez (Mexico); Alexandre Song (Cameroon)
Sememangnya jika dilihat sekali imbas pasukan yang akan menduduki tempat teratas dalam kumpulan ini (dan kemungkinan menjuarai Piala Dunia) ialah tidak lain dan tidak bukan, Brazil.
Namun adakah pasukan ini dapat berdepan dengan tekanan yang bakal dihadapi sebagai tuan rumah? Berdasarkan sejarah, Brazil pernah tewas dengan Uruguay sewaktu menjadi penganjur piala itu pada tahun 1950 dengan keputusan 1-2.
Neymar (kanan) - Foto AP
Tetapi kemungkinan besar pasukan samba itu akan dapat menghadapinya dengan tenang, apatah lagi dengan kemunculan bintang muda seperti Neymar serta beberapa lagi pemain lain seperti Thiago Silva, David Luiz dan Fred.
Bagaimanapun laluan untuk mereka bukanlah mudah. Pasukan Croatia juga tidak kurang hebatnya apabila menampilkan bintang-bintangnya tersendiri seperti Luka Modric dari Real Madrid, Mario Mandzukic dari Bayern Munich dan juga Ivan Rakitic dari Sevilla.
Alexandre Song (Cameroon) - Foto EPA
Bagi Mexico pula, pemain-pemain seperti Oribe Peralta dan Raul Jimenez bakal memberikan saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan lain.
Manakala bagi Cameroon, tidak hairan jika pasukan underdog itu bakal membuat satu lagi kejutan dengan bintangnya sendiri iaitu Alex Song dan Samuel Eto'o, sama seperti yang dilakukan pada 1990 apabila mereka mengalahkan bekas juara Piala Dunia, Argentina pada perlawanan pembukaan.
Klik untuk perkembangan menarik sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014.
Pasukan manakah pula pilihan anda? Sertai undian kami.