Real Madrid membuktikan ia masih lagi berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-1 menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi pertama pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Dalam perlawanan tersebut, gol awal perlawanan dijaringkan pemain PSG, Adrien Rabiot, pada minit ke-33 sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti minit ke-45 dan menambah gol pada minit ke-83.
Satu lagi gol Real Madrid diraih menerusi Marcelo pada minit ke-86.
Namun, ia bukanlah kedudukan selesa buat Madrid yang akan bertandang ke Perancis selepas ini.
Sementara itu, kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris turut mencatat kemenangan dengan berkenduri gol ke atas Porto 5-0.
Liverpool membuka tirai jaringan pada minit ke-25 permainan menerusi Sadio Mane sebelum pemain sensasi Mohamed Salah meledakkan gol kedua The Reds.
Mane kemudiannya sekali lagi menggegarkan jaring Porto pada minit ke-53 untuk kedudukan 3-0 .
Roberto Firmino mengubah kedudukan itu menjadi 4-0 sebelum Mane melengkapkan hatriknya pada minit ke-85 untuk menutup aksi penuh bergaya Liverpool 5 Porto 0.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Feb 15 2018
Sadio Mane meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama untuk Liverpool pada perlawanan di Estadio do Dragao, Porto, Portugal, 14 Reb, 2018. Action Images via REUTERS
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC
Keputusan seri itu membolehkan Penang FC kekal di tangga keempat liga berkongsi 15 mata bersama Terengganu FC di kedudukan ketiga.
Penang FC bukan 'Liverpool Malaysia'
Raut wajah Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dikatakan agak mirip dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.
Apa yang kita perlu tahu mengenai penyambungan semula EPL
Tarikh sambung semula liga sudah dipersetujui, namun adakah ia muktamad?
Liverpool tunggu khabar Salah, Klopp berang terjahan Choudhury
Jurgen Klopp berang dengan terjahan lewat daripada Hamza Choudhury terhadap Mohamed Salah yang menyaksikan pemain sayap Liverpool itu terpaksa dikeluarkan.
Kejohanan AFF B-22: Malaysia tewas aksi pembukaan
Skuad negara gagal membuka kempen Kejohanan AFF B-22 dengan nota kemenangan sebaik kecundang 0-1 di tangan pasukan tuan rumah, Kemboja.
Penyokong Harimau Malaya disaran guna LRT, MRT Selasa ini
Orang ramai yang mahu menyaksikan saingan pusingan pertama final Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil Selasa ini disaran menggunakan LRT dan MRT.
Klopp label Ramos "kejam", "brutal"
Jurgen Klopp menyelar pendekatan agresif Sergio Ramos dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) dengan membandingkan tindakan kapten Sepanyol itu seperti seorang "ahli gusti yang brutal".
The Reds berkenduri gol, Real Madrid tak cukup selesa
Sadio Mane cipta hatrik membelasah Porto dengan kemenangan 5-0.
Pulau Pinang juara Piala Emas Raja-Raja
Pulau Pinang berjaya menamatkan kemarau 15 tahun untuk menjulang Piala Emas Raja-Raja apabila mengalah Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir edisi ke-77.
Twitter 'diulang kicau', impian Thanabalan bawa ayah saksi final jadi kenyataan
Impian penyerang sensasi negara, N. Thanabalan, untuk membawa bapanya menyaksikan pelawanan akhir antara Malaysia menentang Thailand hari ini mungkin menjadi kenyataan gara-gara Twitter.