awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter 'diulang kicau', impian Thanabalan bawa ayah saksi final jadi kenyataan

Gempak
Gempak
29/08/2017
08:00 MYT
Twitter 'diulang kicau', impian Thanabalan bawa ayah saksi final jadi kenyataan
Rata-rata netizen berharap agar impian Thanabalan akan terlaksana dengan pertolongan dan kemudahan yang dilakukan oleh Khairy untuk membawa bapanya ke stadium.
IMPIAN penyerang sensasi negara, N. Thanabalan, untuk membawa bapanya menyaksikan pelawanan akhir antara Malaysia menentang Thailand hari ini mungkin menjadi kenyataan gara-gara Twitter.
Menerusi media sosial Twitter milik pengguna bernama @twt_bola, mereka menyarankan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menyediakan tempat istimewa buat bapa Thanabalan. Tweet itu sehingga kini sudah diulang kicau (retweet) sebanyak 9,000 kali dan mendapat 6,579 likes.
Ternyata status yang dimuat naik oleh @twt_bola mendapat respon positif daripada Khairy Jamaluddin.
"Done. Uncle will be there." tulisnya.
Rata-rata netizen berharap agar impian Thanabalan akan terlaksana dengan pertolongan dan kemudahan yang dilakukan oleh Khairy untuk membawa bapanya ke stadium untuk menaikkan lagi semangatnya.
BACA: Thanabalan anak Malaysia - ibu
BACA: Kisah penuh inspirasi Thanabalan jadi perhatian
BACA: Kecoh restoran bila pemain bola sepak Thanabalan muncul!
Menerusi sebuah laporan media sebelum ini, Thanabalan memberitahu kemungkinan besar teman wanita, ibu dan dua adiknya akan hadir pada perlawanan akhir Malaysia menentang juara bertahan Thailand di Stadium Shah Alam, hari ini.
"Cuma bapa saya yang tidak dapat hadir. Mungkin agak sukar untuknya kerana bapa saya lumpuh. Jadi bapa akan menonton di televisyen sahaja.
"Begitu juga rakan-rakan saya yang lain, kalau mereka dapat beli tiket, mesti mereka juga datang.
"Dan saya juga berharap semua peminat bola sepak negara datang memberi sokongan kepada kami. Ia amat penting," ujarnya.
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#bolasepak
#Facebook
#Khairy Jamaluddin
#Malaysia lawan Thailand
#Sukan SEA
#thanabalan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan