awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendaki AS Alex Honnold panjat Taipei 101 tanpa tali, peralatan keselamatan
'Hilang ibu angkat, 70 ekor kucing, lima anjing sekelip mata'
'Jumpa dua minggu lalu beri duit belanja, hari ini terima berita ibu rentung'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada adik Down Syndrome, bintang ragbi New Zealand bantu tingkat kesedaran awam

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
25/09/2019
00:39 MYT
Ada adik Down Syndrome, bintang ragbi New Zealand bantu tingkat kesedaran awam
Zara sering dilihat hadir ke stadium bagi menonton setiap perlawanan abang-abangnya. - Instagram@patrickgowernz
JIKA anda mengikuti perkembangan dunia ragbi, sudah tentu anda kenal dengan bintang ragbi New Zealand, Beauden Barrett, yang bermain untuk negara itu bersama adik-beradik lelakinya.
Dengan kehebatan menerusi aksi cantik yang ditunjukkan pemain itu, maka tidak hairanlah ramai yang menanti kehadiran beliau di padang setiap kali perlawanan.
Namun, baru-baru ini Barrett mendedahkan kepada orang ramai mengenai adik perempuannya yang mempunyai masalah Sindrom Down atau 'Down Syndrome'.
Adik perempuannya, Zara Barrett atau lebih mesra dipanggil Zars, berusia 16 tahun, sering kali ke stadium bagi menonton setiap perlawanan abang-abangnya.
Menurut abang-abangnya, Zars seorang remaja yang “lucu” dan nakal, namun sangat jujur.
Mereka mempunyai lapan orang adik-beradik - lima lelaki (Beauden, Scott, Jordie, Kane, Blake) dan tiga perempuan (Zara, Ella, Jenna).
Mempunyai adik perempuan yang mengalami Sindrom Down, bintang ragbi itu mengambil peluang untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keadaan penyakit itu.
"Mereka yang mengalami Sindrom Down juga perlukan kasih sayang.
"Dia sangat mengagumkan dan kami sangat sayang dia.
"Dia sangat mudah menghargai perkara yang berlaku, terutamanya dalam mengenali erti kehidupan," kata Beauden.
Topic Berkaitan
#adik perempuan
#awam
#Beauden Barrett
#down syndrome
#Kesedaran
#New Zealand
#pemain
#Ragbi
#Sindrom Down
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan