SUKAN
'Ada pihak yang tak percaya, tapi tidak mengapa...' - TMJ

Tunku Mahkota Ismail memberi kata-kata semangat kepada pemain Harimau Malaya sebelum perlawanan menentang Vietnam malam tadi. - Gambar/ HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
“ADA pihak yang tidak percaya, tidak mengapa... kita sedang lakukan sesuatu yang baharu.”
Ringkasan AI
- Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, memberi kata-kata semangat kepada pemain Harimau Malaya sebelum perlawanan, menyatakan bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang baharu dalam bola sepak negara walaupun ada pihak yang tidak percaya.
- Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan selama 11 tahun ke atas pasukan tersebut.
- Baginda menyifatkan semangat juang pemain sebagai harapan rakyat dan menyeru agar mereka terus menunjukkan jati diri serta semangat juang untuk membina kepercayaan dan mengubah landskap bola sepak negara.
Keputusan itu juga memadam rekod tanpa kemenangan skuad negara selama 11 tahun ke atas pasukan yang berada pada ranking ke-109 dunia itu.
“Kita cuba membawa bola sepak tanah air ke tahap yang lebih tinggi dan ini adalah revolusi. Apa sahaja yang kita bina dan rancang tiada maknanya jika tiada keputusan atau pencapaian.
“Ada beberapa pihak yang tak percaya (revolusi Harimau Malaya), tidak mengapa... kita sedang lakukan sesuatu yang baharu, mereka tidak biasa dengannya. Biarkan prestasi kita berbicara lebih lantang daripada apa yang mereka fikirkan,” titah baginda.
Baginda turut menyifatkan semangat juang pemain sebagai harapan kepada seluruh peminat bola sepak tanah air.
“Prestasi ini adalah harapan kita. Inilah masanya untuk kita tunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Kawan-kawan, jika kita berjaya mengubah landskap bola sepak di negara ini, semuanya adalah kerana kamu.
'Pilu hati ada meronta, jerit minta tolong tapi saya tak mampu bantu'
“Tiada orang lain. Kamulah pejuang sebenar. Kamu buat mereka rasa seperti mereka sebahagian daripada sesuatu. Kamu beri mereka kepercayaan. Itulah yang kita mahukan.
“Dan salah satu cara untuk mereka percaya adalah apabila kita tunjukkan jati diri kita. Tunjukkan semangat juang yang sebenar,” titah baginda. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami