awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFC mula ‘masuk’ FAM Selasa ini

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2026
05:30 MYT
AFC mula ‘masuk’ FAM Selasa ini
FAM menjemput AFC untuk membantu menilai dalam memberikan cadangan penambahbaikkan badan induk bola sepak negara itu susulan peletakkan jawatan kesemua exco pada Rabu lalu. - Gambar fail/Bernama
PASUKAN penilaian khas dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dijadual memulakan proses 'bedah siasat' terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi bermula Selasa ini.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, proses temu bual dan penilaian itu pada asalnya dirancang bermula lebih awal, namun terpaksa ditangguhkan beberapa hari berikutan pertindihan dengan cuti umum.
“Sepatutnya mereka bermula 1 Februari, tetapi tarikh itu jatuh pada cuti umum. Kemudian 2 Februari juga cuti, jadi tidak sesuai untuk memulakan proses berkenaan.
“Jadi pasukan penilaian AFC akan mula ‘bekerja’ pada 3 Februari, Selasa ini,” katanya.
Sebelum ini, FAM telah menjemput AFC untuk membantu menilai dalam memberikan cadangan penambahbaikkan badan induk bola sepak negara itu susulan peletakkan jawatan kesemua exco pada Rabu lalu.
Proses penilaian itu akan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany dengan dibantu pakar perunding luar serta dua pegawai sekretariat FAM iaitu Setiausaha Agung dan Bendahari FAM.
Mengulas lanjut, Windsor menjelaskan bahawa proses tersebut akan dijalankan secara komprehensif merangkumi struktur pentadbiran serta tadbir urus badan induk bola sepak negara itu.
“Kita akan bawa hasil penilaian dan perubahan yang diperlukan ke dalam satu kongres khas. Semua ahli gabungan perlu menerima cadangan itu terlebih dahulu.
“Selepas ia (cadangan) diterima, barulah kongres pemilihan boleh diadakan,” ujarnya. -- Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Konfederasi Bola Sepak Asia
#afc
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#FAM
#bedah siasat
#isu dokumentasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan