awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFC umum tarikh baharu kelayakan Piala Dunia, Piala Asia

Bernama
Bernama
05/06/2020
20:26 MYT
AFC umum tarikh baharu kelayakan Piala Dunia, Piala Asia
Skuad Harimau Malaya akan menyambung semula aksi kelayakan dalam Kumpulan G menentang Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi pada 8 Okt, - Foto Twitter FAM
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam tadi mengumumkan tarikh baharu Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan pada Mac dan Jun sebelum digantung susulan pandemik COVID-19.
Selepas berbincang dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), AFC dalam kenyataannya berkata baki perlawanan bagi pusingan kedua kelayakan bersama ini dijadualkan pada Oktober dan November.
AFC berkata hari perlawanan 7 dan 8 masing-masing akan diadakan pada 8 dan 13 Okt, manakala hari perlawanan 9 dan 10 dijadualkan pada 12 dan 17 Nov bagi memastikan pusingan kedua kelayakan bersama itu selesai pada November ini.
Ini bagi memastikan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 (Asia) dan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia China 2023 dimulakan pada Mac 2021, tarikh perlawanan yang ditetapkan dalam Kalendar Antarabangsa FIFA.
"AFC akan terus memantau rapat situasi ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pasukan, pegawai, peminat dan pemegang taruh selain akan memaklumkan semua pihak jika ada keperluan semakan semula jadual perlawanan susulan kesan pandemik COVID-19," kata AFC.
Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe akan menyambung semula aksi kelayakan dalam Kumpulan G menentang Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi pada 8 Okt, sebelum bertemu Vietnam lima hari kemudian dan menamatkan kempen dengan menentang Thailand di Bangkok pada 17 Nov.
Malaysia berada di tempat kedua dengan sembilan mata, mengekori pendahulu kumpulan, Vietnam yang mengutip 11 mata, Thailand di tempat ketiga dengan lapan mata, UAE (6 mata) dengan kelebihan satu perlawanan dan Indonesia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#afc
#bola sepak
#COVID-19
#FIFA
#harimau Malaya
#Indonesia
#kelayakan
#Malaysia
#perlawanan
#Piala Asia
#Piala Dunia
#PKP
#pusingan kedua
#tangguh
#tarikh baharu
#Thailand
#UAE
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan