awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFF B-23: Skuad kebangsaan bertemu Laos 2 perlawanan

Bernama
Bernama
17/02/2022
09:47 MYT
AFF B-23: Skuad kebangsaan bertemu Laos 2 perlawanan
AFF menerusi akaun Twitternya mengesahkan perlawanan kedua akan berlangsung pada Isnin ini di Stadium Nasional Morodok Techno. - Gambar/ SPORTFLEX
KUALA LUMPUR: Skuad lelaki Bawah 23 Tahun (B-23) Kebangsaan akan beraksi bukan sekali tetapi dua kali menentang Laos dalam perlawanan Kumpulan B Kejohanan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Kemboja.
Selain perlawanan esok yang telah dijadualkan lebih awal di Stadium Prince, AFF menerusi akaun Twitternya mengesahkan perlawanan kedua akan berlangsung pada Isnin ini di Stadium Nasional Morodok Techno.
Jadual terbaharu itu dibuat selepas pertandingan Kumpulan B kini hanya melibatkan Malaysia dan Laos selepas Myanmar dan Indonesia yang turut diundi dalam kumpulan itu menarik diri daripada kejohanan berikutan penularan COVID-19 dalam pasukan mereka.
Hanya pemenang tiga kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Feb manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad negara
#AFF
#Kemboja
#laos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan