awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afif yakin PDRM mampu perbaiki kelemahan

Astro Arena
Astro Arena
24/08/2015
08:37 MYT
Afif yakin PDRM mampu perbaiki kelemahan
Skuad The Cops menamatkan cabaran Liga Super 2015 di tempat keenam selepas kemenangan 3-2 menentang ATM dimana Afif cemerlang menyumbang satu gol buat pasukannya. - Gambar Astro ARENA
Afif Amiruddin selaku kapten PDRM optimis skuadnya mampu mempamerkan semangat juang tinggi menjelang aksi pertama Piala Malaysia nanti.
Skuad The Cops menamatkan cabaran Liga Super 2015 di tempat keenam selepas kemenangan 3-2 menentang ATM dimana Afif cemerlang menyumbang satu gol buat pasukannya.
"Kami akan menggunakan tempoh cuti yang diberi untuk memperbaiki kelemahan berdasarkan pertemuan lawan ATM itu"
"Pasukan-pasukan Piala Malaysia pasti memberi cabaran yang lebih sengit jadi kami perlu mempersiapkan diri secepat mungkin untuk mengurangkan kesilapan nanti" kata Afif.
Bagaimanapun, Afif terpaksa melupakan aksi Piala Malaysa buat sementara setelah disenaraikan bagi kem latihan skuad kebangsaan kendalian Dollah Salleh yang bakal berdepan Bangladesh, 29 Ogos nanti.
Perlawanan persahabatan itu merupakan persiapan bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Asia 2019 di mana Harimau Malaya akan jumpa Emiriah Arab Bersatu serta Arab Saudi.
Namun pemain berusia 31 tahun itu yakin mendapat slot dalam ke-11 utama.
"Tentunya saya mahu tempat dalam kesebelasan utama tetapi kami semua akan hormat keputusan jurulatih kami."Pemain yang diturunkan nanti harus beri usaha yang terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Harimau Malaysia mampu perbaiki ranking dunia yang jatuh baru-baru ini" ujarnya.
Topic Berkaitan
#Asia 2019
#Emiriah Arab Bersatu
#harimau Malaya
#Kelayakan Piala Dunia 2018
#Liga Super 2015
#PDRM
#The Cops
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan