RONALD Koeman membidas tindakan Paris Saint-Germain (PSG) dengan mendakwa gergasi Ligue 1 itu berkelakuan "tidak sopan" kerana terus bercakap tentang bintang Barcelona, ​​Lionel Messi.

Bintang berusia 33 tahun itu hangat dikaitkan akan berpindah ke kelab yang berpangkalan di Paris berkenaan sebaik kontraknya berakhir, hujung musim ini.

Angel Di Maria menjadi pemain terbaru yang membincangkan masa depan Messi sambil pengurus, Mauricio Pochettino, Pengarah Sukan PSG, Leonardo, dan Neymar turut bercakap mengenai bintang Argentina itu dalam beberapa bulan terakhir ini.

Selepas membuka tirai jaringan dalam kemenangan 3-0 ke atas Nimes, awal pagi tadi, Di Maria -- yang juga kontraknya akan tamat pada akhir musim ini -- sempat mengulas mengenai perpindahan rakan senegaranya itu ke PSG.

"Saya berharap dapat memperbaharui kontrak bersama PSG. Beraksi di samping Messi? Ya, mudah-mudahan, saya rasa kemungkinannya tinggi," katanya.

"Saya harus tenang, memikirkan perkara diri sendiri dan terus berada di Paris kerana saya sangat gembira di sini."

Kemenangan di the Parc des Princes itu memadam kekecewaan mereka dikejutkan 2-3 kepada pasukan bawahan, Lorient, hujung minggu lalu.

Selepas kebangkitan menakjubkan untuk membenam Granada dalam suku akhir Copa del Rey, awal pagi tadi, Koeman meluahkan rasa tidak senangnya terhadap lawan yang bakal dihadapinya dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), dua minggu lagi.

Ronald Koeman membidas tindakan Paris Saint-Germain (PSG) dengan mendakwa gergasi Ligue 1 itu berkelakuan "tidak sopan" kerana terus bercakap tentang bintang Barcelona, ​​Lionel Messi.

"Adalah tidak sopan apabila ramai pihak di PSG bercakap tentang Messi. Mereka sengaja menghangatkan pertemuan kami," katanya.

"Dia (Messi) masih pemain Barca."