SUKAN
Air mata Ousmane Dembele iringi kejayaan rangkul Ballon d’Or 2025

Reaksi Dembele selepas dinobatkan pemenangan Ballon d'Or. - Foto Reuters
PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2025 pada malam penuh gemilang di Paris, awal pagi Selasa.
Ringkasan AI
- Ousmane Dembele dinobatkan sebagai pemenang Ballon d'Or 2025, selepas musim cemerlang bersama PSG yang menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama.
- Dembele mencatat 51 penglibatan gol dalam 59 perlawanan, dan turut merangkul anugerah Pemain Terbaik Ligue 1, Kasut Emas serta Pemain Terbaik Liga Juara-Juara.
- Lamine Yamal dan Vitinha turut berada dalam senarai akhir, manakala penyertaan rakyat Malaysia dalam misi flotilla ke Gaza menunjukkan komitmen antarabangsa Malaysia terhadap isu kemanusiaan.
Kejayaan PSG merangkul gelaran Ligue 1, Coupe de France dan Piala Super Perancis hasil sentuhan cemerlang Dembele mengukuhkan lagi statusnya sebagai tonggak utama kelab.
“Saya agak gementar menerima anugerah ini daripada legenda bola sepak seperti Ronaldinho. Ia satu penghormatan besar.
“Anugerah ini juga adalah hasil kerja berpasukan. Terima kasih kepada rakan sepasukan, kepada Barcelona yang pernah menjadi kelab impian saya dan kepada Lionel Messi yang banyak mengajar saya.
“Terima kasih juga kepada jurulatih Didier Deschamps, bandar kelahiran saya Eure, serta keluarga saya yang sentiasa ada di sisi,” katanya.
Sementara itu, Yamal yang berusia 18 tahun turut menjadi pesaing utama selepas meledak 46 gol dalam 61 penampilan bersama Barcelona sehingga dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik La Liga selain membantu kelab Catalan itu menjuarai liga domestik.
Senarai akhir turut menyaksikan rakan sepasukan Dembele di PSG, Vitinha, menduduki tangga ketiga.
Pemain Liverpool, Mohamed Salah pula berada di tempat keempat manakala bintang Chelsea, Cole Palmer, mengejutkan ramai apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik di kedudukan kelapan. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami