awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia syarikat penerbangan rasmi Sukan SEA 2017

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
10/04/2017
09:08 MYT
AirAsia syarikat penerbangan rasmi Sukan SEA 2017
AirAsia menyertai KL2017 sebagai rakan penaja emas iaitu kategori penajaan antara RM3 juta sehingga RM7.5 juta yang terditi daripada bentuk wang tunai dan barangan atau perkhidmatan, seperti tiket penerbangan. - Gambar fail
Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia diumum sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
AirAsia akan menyediakan penerbangan bagi penganjuran sukan ini kepada pegawai Jawatankuasa Pengelola KL2017 (MASOC) dari seluruh rantau ASEAN.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Berhad Aireen Omar berkata pihaknya akan menyediakan penerbangan bermula hari ini bagi semua tujuan termasuk persiapan sebelum temasya bermula sehingga ia berakhir.
"Kami akan memastikan semua keperluan pegawai teknikal MASOC yang terlibat akan diuruskan agar mereka mempunyai tempat duduk dalam penerbangan.
"Kami tidak akan menambah frekuensi penerbangan atau mewujudkan pesawat sewa khas. Malah kami yakin jadual penerbangan harian sedia ada sudah memadai dengan apa yang diperlukan oleh MASOC untuk KL2017 nanti," kata Aireen ketika ditemui selepas majlis pertukaran perjanjian persefahaman antara MASOC dan AirAsia di sini pada Isnin.
Turut hadir di majlis berkenaan, Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi MASOC, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, CEO MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.
AirAsia menyertai KL2017 sebagai rakan penaja emas iaitu kategori penajaan antara RM3 juta sehingga RM7.5 juta yang terditi daripada bentuk wang tunai dan barangan atau perkhidmatan, seperti tiket penerbangan.
KL2017 akan diadakan bermula 19 hingga 31 Ogos 2017 untuk temasya Sukan SEA ke-29 sab 17 hingga 23 September 2017 untuk Sukan Para ASEAN ke-9.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Topic Berkaitan
#Kamarudin Meranun
#Khairy Jamaluddin
#KL2017
#Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
#Zolkples Embong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan