CYBERJAYA: Futurise Sdn Bhd (Futurise) mengumumkan pelancaran Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara (AKSADRON) yang pertama di Malaysia bertempat di Kuantan, Pahang.
AKSADRON akan menjadi hab untuk perlumbaan dan aktiviti dron berprestasi tinggi, selain merupakan zon sukan dron pertama di negara ini dengan menampilkan trek perlumbaan bagi menganjurkan acara sukan tersebut di peringkat antarabangsa.
Akademi itu juga akan mempelopori program pembangunan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk memupuk lebih ramai rakyat Malaysia menyertai industri tersebut yang sedang berkembang.
Pelancaran akademi dilaksanakan sempena majlis pecah tanah oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah dengan dihadiri ramai peserta industri daripada sektor swasta dan awam dengan mendapat sokongan kuat daripada komuniti dron.
Beliau berkata, pelancaran AKSADRON merupakan langkah penting ke arah memenuhi aspirasi negara untuk menjadi pemain utama dalam industri dron global dan hab dron rantau ASEAN.
“Dengan AKSADRON, kita akan dapat melihat lebih ramai rakyat Malaysia berbakat dihasilkan bagi memenuhi permintaan industri dron yang semakin berkembang di negara ini dan seluruh dunia. Ia juga akan menjadi pemangkin untuk merangsang dan melahirkan belia mahir dalam sukan tersebut.
"Sebagai zon sukan dron pertama di negara ini, AKSADRON akan membantu membuka pintu kepada bakat-bakat di Pahang dan seluruh Pantai Timur, mewujudkan pelbagai aktiviti ekonomi dan memastikan pertumbuhan inklusif dan pembangunan saksama untuk semua,” tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Futurise, Rosihan Zain pula berkata, sektor dron kini sedang mengalami perkembangan pesat di seluruh dunia dan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang tersebut.
“Teknologi dron mempunyai banyak potensi menarik untuk dikembangkan dalam pelbagai sektor, daripada pertanian kepada pertahanan yang telah terbukti mampu menjadi faktor pengubah dalam transformasi industri. AKSADRON juga akan menonjolkan bakat rakyat Malaysia dengan kepakaran UAV peringkat tinggi yang diperlukan melalui pelbagai program latihan yang akan diadakan.
"Akademi ini akan menjadi sebagai tempat rekreasi dan juga pusat penciptaan inovasi dengan memupuk sukan perlumbaan dron sambil melahirkan bakat baharu yang sangat mahir untuk kegunaan pelbagai sektor,” katanya.
AKSADRON akan menampilkan trek perlumbaan dron diiktiraf antarabangsa dengan ruang untuk pengawal dron (pilot pit), tempat penonton dan menara kawalan.
Ia akan menjadi pusat sehenti cemerlang untuk peminat sukan dan juga pakar teknikal dron dengan kemudahan lengkap termasuk bilik darjah, bengkel, simulator penerbangan, ruang kerja dan penginapan.
Tapak untuk pusat seluas kira-kira 3.15 ekar tersebut terletak di Tasik Paya Bungor, Paya Besar, Kuantan dan dikelilingi oleh kawasan lapang yang sesuai untuk aktiviti penerbangan dron berprestasi tinggi. AKSADRON dijangka dibuka kepada umum sebelum akhir tahun. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Mar 28 2022
AKSADRON akan menampilkan trek perlumbaan dron diiktiraf antarabangsa dengan ruang untuk pengawal dron, tempat penonton dan menara kawalan. - Foto DagangNews
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
AKSADRON ditugaskan untuk bangunkan pelan hala tuju sukan dron
Peranan AKSADRON termasuk menganjurkan pertandingan tempatan dan antarabangsa di seluruh negara
Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara pertama Malaysia dilancar
Ia bakal jadi zon sukan dron pertama di negara ini, menampilkan trek bagi menganjurkan perlumbaan di peringkat antarabangsa.