Kritikan demi kritikan tidak langsung mematahkan semangat pemain tengah negara, Muhammad Akram Mahinan menjelang aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, Khamis ini.
Meskipun kata-kata negatif tersebut datang dari penyokong tanah air sendiri, tonggak PKNS FC berusia 26 tahun itu tetap bermotivasi tinggi dan komited, untuk membantu pasukan meraih tiga mata di Stadium Gelora Bung Karno, jika diturunkan.
Menurut Muhammad Akram, beliau hanya akan cuba memenuhi tuntutan taktikal permainan, oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe dan tidak mengambil kisah mengenai kritikan, setiap kali turun beraksi menyarung jersi skuad kebangsaan.
"Gangguan (kritikan) dari luar itu semua saya sudah biasa hadapi...saya cuma kena fokus permainan saya dan perlu berusaha untuk sumbang sesuatu buat pasukan. Saya sentiasa bersedia dan bila-bila masa jika terpilih, saya akan bagi sehabis baik.
"Paling penting saya cuma fikirkan tiga mata untuk bawa balik ke Malaysia," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Lapangan Sepak Bola A, Gelora Bung Karno di sini, pada Selasa.
Jika diturunkan pada perlawanan Khamis ini, bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal menikmati pertembungan penuh tradisi dan bersejarah, antara Malaysia dan Indonesia.
Katanya, tekanan itu sentiasa wujud, namun beliau dan rakan sepasukan mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
"Kami sudah sedia dari segi fizikal dan mental untuk berdepan Indonesia. Gementar itu memang ada saya tak nafikan.
"Tetapi kami cuba alihkan perasaan gementar itu kepada keterujaan, sebab kami mahu raih keputusan positif di sini," tambah beliau.
Skuad negara tumpas 0-3 dalam aksi persahabatan dan pertemuan terakhir Harimau Malaya menentang skuad Garuda di Stadium Manahan Solo, Indonesia pada September 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
MUHAMMAD AKRAM: Paling penting saya cuma fikirkan tiga mata untuk bawa balik ke Malaysia. - Astro ARENA
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi
Banyak pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia menunjukkan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya.
Aksi persahabatan intensiti tinggi bantu persiapan skuad muda negara ke Piala Asia
Garrido yakin saingan berintensiti tinggi berdepan lawan lebih berusia membentuk kecerdasan taktikal lebih baik dalam diri anak buahnya.
BG Pathum belasah Borussia Dortmund di Thailand
Dortmund seterusnya akan ke Jepun bagi satu lagi aksi persahabatan menentang Cerezo Osaka.
Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China
Skuad B-23 negara tumpas 1-2 dalam perlawanan antarabangsa bertemu pasukan pelapis China.
Kehadiran beberapa pemain beri kelebihan pada Harimau Muda - Luqman Hakim
Luqman Hakim yakin percaturan pengendali Juan Torres Garrido mendapatkan khidmat beberapa pemain tertentu, dapat memberikan 'taring' kepada pasukan.
Harimau Malaya bangkit catat keputusan seri 2-2 berdepan Syria
Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat pasukan 100 terbaik dunia, Syria 2-2 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China petang ini.
Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon
Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu.
Harimau Malaya jumpa Syria, China September ini
Kedua-dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 itu akan berlangsung di Chengdu, China.
Harimau Malaya capai ranking terbaik dalam tempoh 17 tahun
Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila naik satu anak tangga di posisi ke-137 dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).