awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akram Mahinan sah milik TFC

Bernama
Bernama
02/02/2024
09:49 MYT
Akram Mahinan sah milik TFC
Pemain kelahiran Kedah berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad Penyu. - Foto FB Terengganu FC
KUALA TERENGGANU: Bukan lagi khabar angin, bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan kini sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas berkata pemain kelahiran Kedah berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad Penyu.
Beliau berkata kehadiran Akram diharap dapat memperkuat jentera tengah TFC untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) sekali gus meraih kejayaan lebih cemerlang berbanding musim lepas.
"Akram antara pemain yang memiliki kekuatan fizikal cukup baik dan sering mempamer aksi agresif dalam bertahan.
"Beliau antara pemain penting yang membawa KL City FC ke pusingan akhir Piala Konfederasi Asia (AFC) 2022 dan naib juara Piala FA 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Akram yang juga bekas pemain kebangsaan berkata beliau memilih untuk berhijrah ke Terengganu setelah tertarik dengan corak kejurulatihan ketua jurulatih Skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner.
Selain itu, menurutnya TFC juga memiliki reputasi yang baik dan merupakan antara kelab utama di Liga M yang disegani kawan atau lawan.
Sebelum menyertai TFC, Akram yang bakal menyarung jersi nombor 14 itu pernah beraksi bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), PKNS FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Beliau juga pernah mewakili negara bersama skuad bawah 19 tahun (U-19) di Kejohanan Remaja B-19 Piala AFF 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Akram Mahinan
#bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC
#skuad Penyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan