Perlawanan pertama antara Malaysia dan Brunei pada aksi pembukaan Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017) esok diharap mencipta momentum dan menyuntik semangat juang skuad bola sepak negara untuk menghadapi cabaran getir dalam perlawanan seterusnya.
Berdasarkan rekod tujuh perlawanan sukan dwitahunan itu sebelum ini, Malaysia memenangi kesemua tujuh perlawanan menentang Brunei.
Di atas kertas, skuad negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee yang berjaya melakar sejarah layak ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018, bulan lalu, dijangka tidak berdepan kesukaran untuk menewaskan Brunei.
Namun, tiga mata penuh sahaja tidak mencukupi, jumlah jaringan yang banyak adalah elemen yang perlu ditekankan Kim Swee kepada anak buahnya jika ingin muncul juara kumpulan sekali gus melangkah ke pusingan separuh akhir dengan penuh bergaya.
Bagi pemain tengah negara, Syahmi Safari, 19, fokus utamanya adalah untuk mempamerkan aksi terbaik untuk membantu pasukan meraih kemenangan dalam setiap perlawanan jika terpilih dalam kesebelasan utama.
"Saya tidak terlalu fikirkan tentang berapa banyak gol yang ingin saya jaringkan kerana fokus utama adalah membantu pasukan melakar kejayaan iaitu merangkul pingat emas," katanya kepada Bernama pada sesi latihan terakhir skuad negara menjelang pertemuan dengan Brunei di sini, hari ini.
Pemain pertahanan negara Adam Nor Azlin pula menggesa rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah kemampuan Brunei yang disifatkan sudah menunjukkan peningkatan positif.
"Brunei mempunyai beberapa penyerang berbahaya yang sering membuat larian untuk mengucar-ngacirkan bahagian pertahanan. Komitmen 200% akan saya berikan dan berharap rakan sepasukan dapat mengekalkan konsentrasi sepanjang perlawanan," kata pemain Selangor itu.
Selepas Brunei, skuad negara akan bertemu Singapura (16 Ogos) diikuti Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos).
Kesemua perlawanan membabitkan skuad negara akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2017
Skuad negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee dijangka tidak berdepan kesukaran untuk menewaskan Brunei. - Gambar fail
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.