MELAKA: Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos dalam aksi yang tegang.
Pada perlawanan itu, beberapa insiden kekasaran berlaku selain bantahan dibuat pasukan Filipina sebelum juara dunia tiga kali itu, menang dengan keputusan 59-41.
Mohd Al Jufferi mengakui aksi agresif pihak lawan, hampir saja membuatkannya hilang pertimbangan kerana amarah.
"Memang saya agak emosi tadi dengan caranya berlawan dan hampir hilang sabar pada pusingan akhir. Saya tak salahkan dia (Alvin) tetapi caranya agak tidak menyenangkan, terutama ketika menyerang.
"Bila saya pegang tubuh dia ketika menyerang, dia kata (saya) menipu sedangkan dalam peraturan baharu, teknik kunci itu dibenarkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan pada Jumaat.
Katanya beliau sudah menjangkakan perlawanan tersebut akan berlangsung dalam keadaan tegang, memandangkan telah bertemu Alvin sebanyak empat kali sebelum ini, dalam kejohanan berbeza dalam kelas E.
"Cara dia (Alvin) tidak pernah berubah dan anggap itu kelebihan dia. Bagi saya, saya tak boleh mengaku kalah dan wajib untuk saya pertahankan diri daripada dicederakan, terutama apabila dia tahu mengenai kecederaan saya sejak dari awal.
"Paling utama, saya tidak mahu memalukan negara dengan gaya lawan saya," katanya.
Menyentuh aksi separuh akhir menentang wakil Algeria Zetout Abdelmk esok, Mohd Al Jufferi yakin dengan strategi yang disusun oleh barisan jurulatihnya.
Zetout sebelum itu menewaskan pesilat dari Pakistan Muhammad Ammar dengan keputusan 55-11.
Edisi kejuaraan ke-19 yang berlangsung selama enam hari sehingga Ahad di Melaka International Trade Center (MITC), disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Al Jufferi Jamari (kiri) ketika beraksi menentang pesilat dari Filipina Alvin T. Campos pada perlawanan peringkat suku akhir kategori Tanding di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dekat Ayer keroh. - Foto BERNAMA
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos.
Al Jufferi berkampung dua bulan di Nilai hadapi Kejohanan Silat Dunia 2022
Bekas juara dunia berusia 30 tahun itu berkata Nilai menjadi lokasi pilihan kerana beliau mahu persekitaran yang jauh dari bandar untuk lebih fokus.