awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alonso selamatkan maruah Chelsea di Stamford Bridge

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2022
21:46 MYT
Alonso selamatkan maruah Chelsea di Stamford Bridge
Aksi Marcos Alonso selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan Piala FA pusingan keempat antara Chelsea dan Plymouth Argyle di Stadium Stamford Bridge, London, 5 Feb 2022. (Foto AP)
MARCOS Alonso memastikan Chelsea mara ke pusingan kelima Piala FA apabila gol minit ke-106 menjinakkan kebangkitan kelab Liga Satu, Plymouth Argyle untuk kemenangan 2-1 di Stamford Bridge, pada Sabtu.
Tampil dengan status pasukan pilihan The Blues kendalian Thomas Tuchel bagaimanapun terlebih dulu ketinggalan seawal minit kelapan hasil jaringan Macaulay Gillesphey. sebelum tonggak pertahanan, Cesar Azpilicueta menyamakan kedudukan pada minit ke-41'.
Kelab London itu, yang kehilangan pengendali Thomas Tuchel yang disahkan positif COVID-19 beberapa jam sebelum perlawanan, dipaksa bermandi peluh oleh The Pilgrims kendalian Steven Schumacher tersebut.
Sementara itu, West Ham United pimpinan David Moyes juga berdepan situasi sama ketika bertandang ke Stadium Aggborough sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas kelab Liga Kebangsaan Utara (Divisyen Enam), Kidderminster Harriers.
Alex Penny terlebih dulu meletakkan Kiddy di depan pada minit ke-19 sebelum The Hammers bangkit penghujung babak kedua menerusi jaringan penyamaan minit ke-91 oleh Declan Rice seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Jarrod Bowen menjadi wira kelab London itu apabila meledak jaringan pada minit ke-120 untuk memastikan kemenangan 2-1 pelawat.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Piala FA
#Marcos Alonso
#Plymouth Argyle
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan