awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sumud Nusantara buka penyertaan sertai sukarelawan GSF 2.0
Ponggal: Enam fakta di sebalik pesta kesyukuran
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amorim dipecat sebelum Krismas?

Sinar Harian
Sinar Harian
07/10/2025
23:40 MYT
Amorim dipecat sebelum Krismas?
Amorim masih mencari formula sesuai untuk memacu kejayaan United. - Gambar fail/REUTERS
'OTAI' Liga Perdana Inggeris (EPL), Jamie Carragher meramalkan pengurus Manchester United, Ruben Amorim akan dipecat sebelum Krismas, sambil menyifatkan tempoh pengedali dari Portugal itu di Old Trafford sebagai satu malapetaka.
Bekas pertahanan Liverpool itu berkata, Amorim kini berada pada tahap di mana jawatannya tidak lagi dapat dipertahankan, meskipun kemenangan 2-0 ke atas Sunderland baru-baru ini sedikit meredakan tekanan.
“Saya tidak suka menyeru supaya pengurus dipecat tetapi saya rasa sudah tiba masanya. Ia tidak dapat dielakkan.
“Statistiknya amat lemah di mana selepas 50 perlawanan, United hanya menjaringkan dua gol lebih banyak daripada yang dibolosi,” katanya.
Carragher turut mendakwa pihak pengurusan United masih belum bertindak kerana enggan mengakui kesilapan melantik Amorim, namun yakin perubahan akan berlaku dalam masa terdekat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#jamie carragher
#Ruben Amorim
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan