CHARLIE WOODS, anak lelaki legenda golf dunia, Tiger Woods yang berusia 15 tahun, akan memulakan percubaannya untuk layak ke acara Jelajah PGA pertama minggu depan.

Woods junior itu akan bersaing dalam salah satu daripada empat pra-kelayakan pada Khamis kerana sasarannya ialah untuk mencapai Cognizant Classic.

Kesemua pemain yang berada dalam senarai 25 pemain teratas dan yang menyamai prestasi akan mara ke pusingan terakhir pada Isnin ini.

Dari situ, empat orang daripada mereka akan dipilih untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan utama atau kumpulan pemain utama.

Rory McIlroy akan menyertai bintang-bintang golf terkenal di kejohanan PGA National, Florida yang menawakan hadian keseluruhan bernilai 7.1 juta pound (RM43 juta).

Jika Charlie Woods akan menyertai pemain Ireland Utara itu, dia perlu melalui pra-kelayakan 18 lubang di Kelab Golf Lost Lake, di mana dia telah dikumpulkan bersama pemain Ireland, Ruaidhri McGee dan pemain Amerika, Olin Browne Jr.

Pemain yang melalui peringkat itu kemudiannya akan menyertai kelayakan terakhir di Tesoro Club's Palmer Course dalam usaha untuk merangkul tempat mereka di Cognizant Classic, yang berlangsung dari 29 Februari hingga 3 Mac.

Charlie Woods telah bertanding dalam empat edisi terakhir acara pameran Kejohanan PNC bersama bapanya, yang terpaksa menarik diri semasa Genesis Invitational minggu lalu kerana tidak sihat.

Charlie Woods juga menamatkan saingan di tempat ke-17 dalam bahagian 14-15 lelaki dalam Kejohanan Golf Remaja Notah Begay III tahun lepas, dengan juara utama 15 kali Tiger bertindak sebagai caddynya.

Sementara itu, pemain LIV Golf Joaquin Niemann merupakan salah seorang daripada tiga pemain yang telah diberi jemputan khas untuk bermain di Masters pada awal April.

Pemain Chile berusia 25 tahun itu berada di tempat ke-18 dunia apabila dia berpaling tadah ke jelajah yang memisahkan diri, yang acaranya tidak mendapat mata ranking dan merupakan pemain golf LIV ke-13 dalam padang Masters.

Thorbjorn Olesen dari Denmark dan Ryo Hisatsune, pemain berusia 21 tahun yang merupakan pemain Jepun pertama memenangi anugerah Rookie of the Year Jelajah Eropah, juga telah dijemput ke Augusta National.

Jelajah PGA merupakan siri acara golf profesional di Amerika Syarikat yang paling signfikan dalam sukan golf dan menjadi tumpuan seluruh dunia.

Jelajah PGA mula dianjurkan sejak 1968.