awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Perdana Menteri tanding jawatan naib presiden MOM

Astro Arena
Astro Arena
12/08/2015
14:58 MYT
Anak Perdana Menteri tanding jawatan naib presiden MOM
Mohd Nazifuddin (gambar) enggan menggunakan aura bapanya untuk merebut jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia.
Anak Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib enggan menggunakan aura bapanya untuk merebut jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Mohd Nazifuddin selaku Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia (TM) cipta kejutan apabila dicalonkan sebagai Naib Presiden MOM.
Ramai yang tidak tahu kemampuannya kecuali dikenali sebagai anak Perdana Menteri Malaysia. Beliau calon termuda merebut lima kerusi Naib Presiden.
"Bukan ayah saya sahajalah tetapi arwah atuk saya juga pun. Kita lihat ini sebagai usaha kita sumbang dan bekerja untuk negara demi memartabatkan sukan.
"Jadi saya harap saya dapat menyambung kerja keluarga kita, dimana kita tengok betul-betul sukan sebagai arah perpaduan untuk negara kita," katanya.
Mohd Nazifuddin dianggap underdog kerana muda dan baru setahun memimpin TM. Bagaimanapun, kehadiran ramai calon muda dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MOM, 22 ogos ini meletakkannya sebagai pilihan jika badan induk itu mahu suntikan idea baru.
"Kalau orang muda tidak diberikan peluang, jadi tiada masa tepat untuk mereka menyertainya. Jadi apabila diberikan peluang seperti ini untuk bertanding, mungkin inilah cara saya bagi mendapat pengalaman dan mungkin akan memberikan peluang kepada orang muda lain untuk bertanding dalam jawatan-jawatan yang lain," tambahnya.
Mohd Nazifuddin, seorang usahawan, merupakan anak kedua Datuk Seri Najib Razak. Beliau telah dicalonkan oleh TM yang mahukan perubahan dalam kepimpinan MOM.
Profil calon Naib Presiden MOM: Mohd Nazifuddin Mohd Najib Umur: 32 tahun Asal: Pahang
Kepimpinan dalam sukan: • Pengasas program Youth-On-Unity • Timbalan Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#Mohd Nazifuddin
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan