awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Sukan Dunia Laureus di Kuala Lumpur 26 Mac

Bernama
Bernama
05/02/2014
23:51 MYT
Anugerah Sukan Dunia Laureus di Kuala Lumpur 26 Mac
Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014, acara premier dalam kalendar sukan antarabangsa, akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Mac.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Kuala Lumpur diberi penghormatan untuk menganjurkan acara itu.
"Malaysia sebuah negara penggemar sukan dan saya boleh berjanji hospitaliti rakyat Malaysia sentiasa menanti semua tetamu kami," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata memandangkan tahun 2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia, ia merupakan masa terbaik untuk melawat dan menikmati pengalaman menyaksikan kepelbagaian budaya, merasai keenakan makanan dan membeli belah yang tiada tandingan yang ditawarkan Malaysia.
"Kami bangga untuk memperkenalkan pemain badminton Nombor Satu dunia Datuk Lee Chong Wei, juara skuasy dunia Datuk Nicol Ann David dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 ratu terjun negara Pandelela Rinong sebagai produk budaya sukan kami.
"Ditambah dengan acara antarabangsa seperti Piala Monsun dan perlumbaan Grand Prix Formula 1, kami yakin Kuala Lumpur adalah hos terbaik untuk acara sukan yang begitu bermakna bagi kepentingan global," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Laureus World Sports Academy Edwin Moses berkata ia merupakan satu perkembangan yang menarik bahawa acara tahun ini diadakan di Asia Tenggara buat kali pertama.
"Sudah tentu ini akan menjadi satu majlis yang penuh bermakna memandangkan ia merupakan acara penyampaian anugerah yang pertama sejak kematian penaung kami, (ikon anti-Aparteid) Nelson Mandela.
"Saya yakin dengan sokongan setiap orang di Kuala Lumpur ia akan menjadi majlis penyampaian anugerah untuk diiingati di mana kami dapat memberi penghormatan kepada wira sukan dan kepada Presiden Mandela," katanya.
Antara tokoh sukan yang pernah memenangi anugerah ini sejak diadakan 15 tahun lalu termasuk Usain Bolt, Sebastian Coe, Novak Djokovic, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Kelly Holmes, Rafael Nadal, PelT, Steve Redgrave, Ronaldo, Michael Schumacher, Kelly Slater, Shaun White, Serena Williams dan Zinedine Zidane.
Topic Berkaitan
#Anugerah Sukan Dunia Laureus
#industri sukan
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#pelancongan
#Tahun Melawat Malaysia 2014
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan