awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan

Astro Arena
Astro Arena
25/12/2024
13:22 MYT
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
Kepulangan pesilat negara V. Thamaraj disambut petugas media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu. - Bernama
SIAPA sangka, transisi daripada kancah taekwondo ke pencak silat mengangkat nama V. Thamaraj di persada dunia selepas merangkul pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 di Abu Dhabi, UAE, kelmarin.
Sebanyak enam pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa berjaya dibutirkan selain ia merupakan pencapaian yang sangat signifikan daripada skuad kebangsaan.
Lebih mengejutkan, muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan tersebut yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Ketika ditemu-bual dalam segmen tetamu jemputan Nadi Arena, Thamaraj menceritakan detik permulaanya menyertai dunia persilatan yang memberi pulangan berbaloi kepada dirinya.
Dia menjelaskan setiap perlawanannya memerlukan perancangan rapi terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang sambil mengikuti strategi yang sudah diterapkan oleh jurulatih.
"Ketika aktif dalam taekwondo, saya berlatih di sebuah kem tentera dan mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kami juga berlatih dengan atlet silat di satu tempat yang sama.
"Terdetik di hati apabila terpesona melihat gerakan silat dan berminat mempelajarinya.
"Apa kata cuba perkara baharu?" katanya.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#V Thamaraj
#atlet silat
#pingat emas
#Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan