awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor

Bernama
Bernama
05/12/2024
01:10 MYT
'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Pemain Perak FC Clayton Da Silveira Da Silva (kanan) diasak pemain KDA FC Muhammad Ariff Farhan Md Isa pada saingan Liga Super di antara Perak FC dan KDA FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung semalam. --fotoBERNAMA
MANJUNG: Meskipun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Perak FC dalam saingan Liga Super 2024/2025 malam ini, pengendali sementara Kedah Darul Aman (KDA) FC, Victor Andrag, memuji semangat juang anak buahnya yang tetap tinggi walaupun isu gaji tertunggak terus membelenggu pasukan itu.
Victor berkata, pemain skuad Sang Kenari telah memberikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.
Menurutnya, kebangkitan yang ditunjukkan oleh anak buahnya, terutamanya pada minit akhir babak kedua perlawanan membantu skuad itu membawa pulang satu mata yang amat berharga.
"Apa lagi yang saya nak minta daripada pemain? Mereka sudah memberikan persembahan terbaik, apatah lagi bermain di gelanggang lawan menentang salah satu pasukan yang kuat.
"Aksi mereka sepanjang 90 minit wajar dipuji, lebih-lebih lagi apabila mampu meletakkan isu luar padang ke tepi dan beraksi secara profesional untuk pasukan," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), semalam.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah mengakui, kegagalan pasukannya memanfaatkan peluang terhidang menjadi punca mereka sekadar mencatat keputusan seri menentang Kedah.
"Saya mengakui kegagalan tersebut menyebabkan pasukan saya gagal mempertahankan kelebihan satu gol, yang akhirnya dibolosi pada saat akhir.
"Pemain juga dilihat lebih berhati-hati kerana tujuh pemain kami sudah mengutip kad kuning kedua, menyebabkan mereka bimbang tidak dapat beraksi dalam perlawanan akan datang jika menerima satu lagi kad," katanya.
Beliau turut menyatakan pemainnya sedikit hilang tumpuan pada penghujung perlawanan yang akhirnya mengakibatkan mereka melepaskan tiga mata berharga.
"Ini kali kedua kami mencatat keputusan seri pada minit akhir perlawanan. Kami perlu memperbaiki kesilapan dan bekerja lebih gigih untuk perlawanan akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Kedah Darul Aman FC
#Victor Andrag
#Sang Kenari
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan