PHNOM PENH: Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 pada hari keenam Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di sini, malam ini.
Penentuan penalti terpaksa dijalankan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik tamat masa sebenar perlawanan di Stadium Olimpik Nasional, sekali gus memperbaiki pencapaian dua pingat gangsa yang diraih skuad negara di APG edisi 2013 (Myanmar) dan 2017 (Kuala Lumpur).
Anak buah Asnan Md Zuki kali pertama membuat penampilan dalam APG di Naypyidaw, Myanmar pada 2013.
Keputusan itu malah menyaksikan skuad negara unggul merangkul pingat emas ke-47 negara di Kemboja, disertai 38 perak dan 28 gangsa hari ini.
Bagaimanapun, temasya dwitahunan yang akan melabuhkan tirainya esok masih berbaki satu acara iaitu badminton.
Tumpuan kontinjen negara esok pastinya terarah kepada kem badminton yang mengesahkan slot final menerusi tiga acara iaitu Mhd Amin Burhanuddin (perseorangan lelaki SL4- kecacatan fizikal).
Pemain berusia 31 tahun itu akan membuat perhitungan bersama pemain Indonesia Hikmat Ramdani pada aksi final perseorangan SL4, untuk mengubah warna pingat gangsa yang dimenanginya pada edisi lalu di Solo, Indonesia kepada emas, esok.
Selain itu, Muhammad Ikhwan Ramli akan mengambil bahagian dalam acara perseorangan lelaki WH1- berkerusi roda serta beregu lelaki WH1-WH2 bersama Noor Azwan Noorlan.
Muhammad Ikhwan perlu mempamerkan aksi terbaiknya pada aksi final sekiranya beliau mahu mempertahankan kedua-dua kejuaraan yang dimenanginya di Solo.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Keceriaan jelas terpancar pada wajah skuad bola sepak cerebral palsy (CP) yang menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1. - Foto BERNAMA

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.
Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan).Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.

Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang pada 6 hingga 8 Dis ini.

Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera.

Kes cabul OKU: Polis rekod keterangan 12 pelajar
Polis telah merekodkan keterangan 12 pelajar bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul melibatkan 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini.

APG 2023: Skuad bola sepak CP tamat kemarau 10 tahun emas
Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1.