awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arif Aiman atasi Doku, ranking keempat statistik gelecekan

Bernama
Bernama
03/01/2026
10:45 MYT
Arif Aiman atasi Doku, ranking keempat statistik gelecekan
Arif Aiman melakukan 224 gelecekan berjaya daripada 35 perlawanan, mengatasi Jeremy Doku dari Manchester City yang mencatatkan 212 gelecekan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain sayap Harimau Malaya Arif Aiman Mohd Hanapi sekali lagi melakar sejarah apabila menduduki ranking keempat dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama, menurut data dikeluarkan platform statistik bola sepak Sofascore.
Lebih membanggakan, tonggak Johor Darul Ta'zim itu merupakan satu-satunya pemain Asia berada dalam senarai tersebut.
Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 224 gelecekan berjaya daripada 35 perlawanan, mengatasi Jeremy Doku dari Manchester City yang mencatatkan 212 gelecekan berjaya selepas beraksi dalam 52 perlawanan.
Mengungguli kedudukan ialah bintang Barcelona Lamine Yamal yang merekodkan 307 gelecekan berjaya daripada 61 perlawanan diikuti pemain Brazil Guilherme Smith dengan 251 gelecekan dalam 25 penampilan.
Penyerang Honduras Jose Mario Pinto di tangga ketiga dengan 238 gelecekan berjaya daripada 53 perlawanan.
Arif Aiman kini menjalani tempoh rehat panjang selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan beliau menjalani pembedahan dijalankan doktor sukan terkenal Lasse Lempaine.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Arif Aiman
#harimau Malaya
#tatistik gelecekan
#JDT
#Jeremy Doku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan