KUALA LUMPUR: Pemain muda sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi enggan terbuai dengan pujian selepas beraksi cemerlang membantu pasukannya mencipta kejayaan 'treble' dengan memenangi saingan Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.
Pemain sayap berusia 20 tahun itu sebaliknya bersyukur kerana terus mendapat peluang dan kepercayaan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan ketika pasukan itu dibarisi ramai pemain berstatus bintang yang lebih berpengalaman.
Menurut Pemain Paling Bernilai (MVP) Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK21) itu, segala kejayaan yang dikecapi membakar semangatnya bagi menjadi pemain lebih bagus pada masa hadapan.
"Tahun ini amat bermakna bagi saya dan akan diingati sampai bila-bila sebab di usia muda macam saya, jarang orang dapat peluang macam ini dan saya akan gunakannya untuk lebih maju pada masa depan.
"Perjalanan saya masih jauh dan saya tidak akan berhenti belajar, ini permulaan bagi saya sebab saya masih muda banyak lagi yang akan dilalui," katanya ketika ditemui selepas final Piala Malaysia 2022 antara JDT dan Selangor FC di Stadium Nasional di Bukit Jalil, di sini semalam.
Pada aksi final itu, JDT menewaskan Selangor 2-1 dengan Herlison Caion De Souza Ferreira meletakkan skuad Gergasi Merah di depan terlebih dahulu sebelum JDT bangkit meledak dua gol masing-masing menerusi Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.
Kejayaan itu membolehkan JDT mencipta kejayaan 'treble' buat julung kalinya, selain mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 serta mengubat kekecewaan tewas di pentas final edisi lepas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC.
JDT turut menjulang Piala Sumbangsih pada perlawanan pembuka tirai musim ini.
Sementara itu, Arif Aiman berkata misi utamanya selepas ini ialah membantu JDT meraih lebih banyak kejayaan pada musim berikutnya yang lebih mencabar, selain memberikan persembahan terbaik bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.
Musim ini menyaksikan Arif Aiman mengumpul keseluruhan lapan gol dalam kesemua pertandingan iaitu tiga dalam kempen Liga Super, Piala FA (empat) dan meledak satu gol dalam saingan Piala Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022

Arif Aiman bersyukur kerana terus mendapat peluang dan kepercayaan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan. - Bernama

Suara Rakyat | Struktur retak, pasar Karamunting perlu segera dipindah
Keretakan pasar Karamunting, tanah merah semakin hari semakin teruk. Jika dibiarkan, bimbang ada nyawa yang akan jadi korban. Sebelum nasi menjadi bubur suara rakyat menggesa agar lokasi pasar usang ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Larangan import produk petroleum Rusia ke EU berkuat kuasa Ahad
Langkah itu bertujuan untuk mengehadkan pendapatan Rusia dari membiayai operasi ketenteraannya ke atas Ukraine.

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

ABK22: Arif Aiman JDT sambar tiga gelaran
Arif Aiman Hanapi, terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut dalam Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) sebentar tadi.

Arif Aiman syukur raih treble pada usia muda
Arif Aiman bersyukur kerana terus mendapat peluang dan kepercayaan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan.

Bergson, Arif Aiman cekap hidu peluang menarik - David James
Walaupun JDT mendominasi sebahagian besar perlawanan, titik tolak sebenar terletak kepada soal menyudahkan peluang terhidang.

Piala FA: Kejayaan ini untuk TMJ - Arif Aiman
Katanya, Tunku Ismail banyak memberi dorongan kepadanya sehingga berjaya menjadi seorang daripada pemain dalam kesebelasan utama JDT.

Arif Aiman, pemain paling bernilai ABK21
Pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Hanapi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21), yang diadakan secara maya, malam ini.

Maloney senaraikan Annil ke Mongolia, tiada Arif Aiman dalam pasukan
Skuad B-22 itu bakal mendapat sentuhan pemain berpangkalan di Jerman bersama kelab SGV Freiberg Annil R Vigneswaran.

Aiman pemain 'wonder boy' - Mora
Arif Aiman dikatakan akan merevolusikan pasukan Harimau Selatan dan Liga Super Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang.

Jenazah Mohd Ghafar disemadi sebelah pusara anak
Arwah akan dikebumikan bersebelahan pusara anak ketiganya, Arif Aiman, 12, yang meninggal dunia pada 2006 akibat kanser.