ARM merupakan salah satu pereka bentuk cip terkemuka dunia, di mana cip yang dihasilkan mereka digunakan secara meluas oleh Qualcomm, Samsung dan sebagainya.

Terbaharu, dengan fokus terhadap arena kecerdasan buatan, Arm dilapor akan menubuhkan sebuah bahagian khusus dengan memfokuskan cip kecerdasan buatan.

Untuk sasaran awal, Arm ingin hadir dengan prototaip awal cip AI menjelang awal 2025, dan seterusnya memfokuskan penghasilan cip berkenaan melalui para pengeluar pada tahun sama.

Menurut laporan Nikkei, ia dikatakan selepas syarikat berkenaan beroperasi dengan baik termasuk menyediakan sistem penghasilan cip, perniagaan cip AI ini akan diasingkan dan diletakkan di bawah Softbank. -Amanz