awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal buat Newcastle kian merana

Astro Arena
Astro Arena
27/11/2021
21:41 MYT
Arsenal buat Newcastle kian merana
Bukayo Saka (kanan) menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Newcastle United di Stadium Emirates, London, 27 Nov 2021. (Foto AP)
SENTUHAN pemusnah Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli membantu Arsenal menewaskan Newcastle United 2-0 dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Rekod kebal tanpa kalah skuad kendalian Mikel Arteta itu dalam kempen liga lebur di tangan Liverpool hujung minggu lalu, sementara kelibat Eddie Howe berada di bangku simpanan Newcastle buat kali pertama.
Namun, kehadiran Howe masih belum cukup untuk mengeluarkan pasukannya dari zon bahaya, lebih-lebih lagi menjadi satu-satunya pasukan yang belum menang selepas 12 perlawanan.
Jonjo Shelvey dan Pierre-Emerick Aubameyang kedua-duanya memiliki peluang menarik menerusi rembatan kencang dalam separuh masa pertama di Stadium Emirates itu sebelum Saka akhirnya memecah kebuntuan selepas 56 minit permainan.
Pemain gantian, Martinelli, menokok gol kedua hanya 93 saat selepas dimasukkan untuk Arsenal menyamai mata dengan West Ham -- yang menentang Manchester City malam ini -- di tangga keempat.
Topic Berkaitan
#Bukayo Saka
#Arsenal
#Newcastle United
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan