KELAB sensasi utara London, Arsenal meneruskan momentum positif saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mengatasi Watford 1-0 dalam perlawanan di Stadium Emirates.

Jaringan babak kedua pada minit ke-56, Emile Smith Rowe, membolehkan anak buah Mikel Arteta melebarkan rekod tanpa kalah The Gunners dalam 11 perlawanan dengan mengumpul 20 mata.

Smith-Rowe menjaringkan gol pada penampilan liga dan kejuaraan ke-100 Arsenal di bawah kendalian Arteta, selepas penyerang Pierre-Emerick Aubameyang terlepas sepakan penalti separuh masa pertama selain, dua gol yang dinafikan kerana ofsaid.

“Saya rasa kami sentiasa percaya pada diri sendiri dan antara satu sama lain, ia hanya tentang bersatu sebagai satu pasukan dan kami adalah sebuah keluarga.

"Ia adalah perlawanan yang sukar untuk kami hari ini. Watford adalah pasukan yang kuat dan kami gembira kami mendapat tiga mata," ujar Smith-Rowe.

Dalam pada itu Arteta menambah: "Ia menunjukkan perpaduan, keberanian dan pembangunan pasukan. Kami telah mencapai keputusan yang baik dalam dua bulan terakhir tetapi masih banyak yang perlu dilakukan."

Artikel asal di Sinar Harian