SUKAN
Arsenal menang bergaya sambut pemain baharu

Viktor Gyokeres melengkapkan penampilan sulung di Stadium Emirates menentang Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris.
ARSENAL 5 LEEDS 0
MIKEL Arteta mengesahkan bahawa Eberechi Eze menelefonnya untuk mengetahui sama ada Arsenal berminat untuk mendapatkannya ketika dia di ambang untuk memuktamadkan perpindahan ke saingan London utara, Tottenham.
Eze telah diperkenalkan kepada penyokong di Stadium Emirates dalam kemenangan 5-0 ke atas Leeds United, awal pagi tadi, sejurus melengkapkan perpindahan daripada Crystal Palace.
Spurs berhasrat untuk memancing pemain berusia 27 tahun itu tetapi atas saranan Arteta, Arsenal perlu berbelanja besar. Ditanya mengenai panggilan itu dengan Eze, Arteta memberitahu beIN Sports: "Itu menunjukkan kepada anda betapa dia mahu datang ke mari. Kadang-kadang ia menjadi sangat sukar kerana anda mahu menjadi sangat terbuka dan telus dengan pemain.
"Mereka perlu membuat keputusan untuk kerjaya mereka yang sangat-sangat penting.
"Saya gembira memilikinya. Anda boleh tahu betapa ia amat bermakna baginya dan seluruh keluarganya.
"Selamat datang ke keluarga kami dan saya pasti kami akan melalui beberapa detik hebat bersama.
"Dia mempunyai kapasiti untuk mencipta detik ajaib. Dia boleh melakukannya dari posisi berbeza, situasi berbeza," kata pengurus itu.
Dua gol masing-masing daripada Jurrien Timber dan Viktor Gyokeres selain gol pertama Bukayo Saka musim ini meletakkan tuan rumah dalam aksi dominan.
Satu-satunya kepincangan perlawanan ini ialah kemungkinan Martin Odegaard dan Bukayo Saka yang ditimpa masalah kecederaan. - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami