awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arteta tahu semua tentang bola sepak - Guardiola

Astro Arena
Astro Arena
22/02/2021
05:31 MYT
Arteta tahu semua tentang bola sepak - Guardiola
Pep Guardiola (kiri) memeluk Mikel Arteta sebelum perlawanan EPL antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Emirates, London, England, 21 Feb, 2021. (Foto AP)
PEP Guardiola mendedahkan masih belajar daripada daripada bekas pembantunya, Mikel Arteta, di sebalik kemenangan Manchester City ke atas Arsenal semalam.
Aksi cemerlang City diteruskan selepas melengkapkan kemenangan ke-18 dalam semua pertandingan -- menjadikan 13 kemenangan dalam perlawanan liga -- hasil jaringan Raheem Sterling di awal permainan.
Pelawat memulakan permainan dengan penuh bergaya di Stadium Emirates namun gagal mengekapkan permainan yang laju. Arsenal, bagaimanapun, sekadar melakukan satu percubaan tepat ke sasaran selepas mempamerkan menghadirkan beberapa peluang yang meyakinkan.
Skuad kendalian Guardiola mendahului 10 mata di puncak lagi, dan 25 ke atas penghuni tangga ke-10 Arsenal, yang tewas lapan perlawanan bertemu City.
Arsenal kini telah tewas empat perlawanan EPL ke atas City tanpa menjaringkan gol -- buat pertama kali dalam sejarah mereka gagal meledak empat kali berturut-turut dalam aksi liga -- tetapi Guardiola tetap memuji kemahiran dimiliki Arteta.
"Mikel tahu segalanya. Dia sangat bagus. Ini bukan kerana dia adalah kawan saya atau kerana saya mengatasinya," kata Guardiola kepada Sky Sports.
"Saya tahu apa yang dia rancangkan, tahu bagaimana dia bekerja. Dia begitu pintar. Saya belajar banyak dengan memerhatikan pasukannya. Hari ini saya belajar sesuatu, saya dapat menggunakannya di masa depan.
"Bukan kerana kami bersama -- dia tahu segala-galanya mengenai bola sepak."
4 - Arsenal have lost their last four Premier League games against Manchester City without scoring a goal. This is the first time in their history they have failed to score in four consecutive home league games against an opponent. Barrier. pic.twitter.com/B8CGzVZhCI
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2021
Baginya, Arteta kecewa atas kesilapan taktikal di awal permainan, di mana menyaksikan City melakukan empat percubaan -- termasuk jaringan -- dalam tempoh lapan minit.
"Sama sekali [permulaan yang menghukum pasukan]. Kami dibolosi awal, situasi yang amat sukar, ia menjadikan perlawanan yang dimahukan City," kata Arteta kepada Sky Sports.
"Saya berasakan pasukan bereaksi dengan sangat baik selepas itu, kami berada di puncak permainan, berusaha menjana peluang, momentum tetapi mencukupi.
"Kami berjaya untuk menemui sentuhan permainan tetapi gagal untuk mencari jaringan penyamaan."
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Arsenal
#bola sepak
#EPL
#Pep Guardiola
#Mikel Arteta
#bekas pembantu
#Raheem Sterling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan