awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Assefa dari Ethiopia menang Maraton London dengan catatan rekod wanita sahaja

Bernama
Bernama
27/04/2025
21:45 MYT
Assefa dari Ethiopia menang Maraton London dengan catatan rekod wanita sahaja
Assefa mencatat masa 2 jam 15 minit 50 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama. - Foto AP
LONDON: Pelari Ethiopia Tigst Assefa, memecahkan rekod dunia wanita sahaja dengan kelebihan 26 saat dalam Maraton London pada pagi Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Assefa, 28, mencatat masa 2 jam 15 minit 50 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama selepas Assefa meraih perak pada edisi tahun lalu, menyaksikan Peres Jepchirchir mencatat rekod dunia terdahulu dengan masa 2:16:16, serta di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila beliau ditewaskan oleh Sifan Hassan.
Sifan, yang juga menjadi pilihan utama di London, mula ketinggalan di belakang Assefa dan Joyciline Jepkosgei. Kedua-dua pelari ini meningkatkan kelebihan mereka ke atas Sifan kira-kira dua minit apabila melepasi stesen Canary Wharf pada kedudukan di batu ke-18 dan ke-19. Assefa melakukan pecutan kira-kira empat batu kemudian, meninggalkan Jepkosgei ketika mereka melalui terowong Embankment.
Jepkosgei akhirnya meraih pingat perak dengan masa 2:18:43 manakala Sifan terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan catatan masa 2:18:59.
Dalam perlumbaan elit kerusi roda wanita, juara Paralimpik enam kali dari Switzerland, Catherine Debrunner pula berjaya mempertahankan gelarannya untuk kemenangan ketiga di London. Beliau juga memecahkan rekod laluan miliknya sendiri dengan catatan 1:34:18, hanya dua saat kurang daripada rekod dunia yang beliau cipta di Maraton Berlin 2023.
Atlet Amerika Syarikat, Susannah Scaroni meraih tempat kedua dan rakan senegara Debrunner, Manuela Schar, di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tigst Assefa
#Maraton London
#rekod dunia
#tempat pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan