awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Malaysia masih berpeluang sumbang pingat emas pada Jumaat

Bernama
Bernama
23/10/2014
15:42 MYT
Atlet Malaysia masih berpeluang sumbang pingat emas pada Jumaat
Kontijen Malaysia terus unggul pada Khamis dengan menambah kutipan pingat pada hari keenam temasya terbesar sukan para di rantau Asia ini. - Foto Fail
Atlet Malaysia dilihat masih berupaya untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya satu lagi pingat emas sebelum temasya Sukan Para Asia di sini melabuhkan tirainya Jumaat ini.
Menurut kenyataan pengurus pasukan berbasikal lebuh raya, Ramley Ibrahim, kepada Bernama pada Rabu, beliau menyasarkan skuad berbasikal lebuh raya akan menghadiahkan emas melalui acara Perlumbaan 96km Wanita dan Lelaki B, esok.
Kontijen Malaysia terus unggul pada hari ini dengan menambah kutipan pingat pada hari keenam temasya terbesar sukan para di rantau Asia ini.
Sehingga kini, Malaysia sudah mengumpul 14 pingat emas, diikuti 20 perak dan 26 gangsa.
Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh carta pungutan pingat manakala tempat teratas dihuni oleh kontinjen China, diikuti Korea Selatan dan Jepun. Penambahan tiga pingat emas pada hari ini adalah melalui sukan badminton yang menghadiahkan dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki SU5 dan beregu lelaki SL 3,4/SU5 di Stadium Gyeyang.
Satu lagi pingat emas negara adalah melalui sukan boling padang dalam acara berpasangan campuran B8 di Incheon Grandpark Lawnbowl Venue.
Jurulatih boling padang, Bah Chu Mei berkata skuad boling padang negara menunjukkan aksi terpuji dan menepati sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada temasya kali ini.
Seramai 135 atlet negara bertanding dalam 15 daripada 25 acara dipertandingkan.
Topic Berkaitan
#atlet Malaysia
#pengurus pasukan berbasikal
#Ramley Ibrahim
#Sukan Para Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan