KUALA LUMPUR: Kesemua 30 atlet negara yang bakal mengharung cabaran di Sukan Olimpik Tokyo bermula bulan ini menunjukkan semangat luar biasa untuk melakar kejayaan di temasya sukan berprestij itu, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata ia dapat dilihat dalam persediaan dan kesungguhan mereka, meskipun berdepan pelbagai cabaran serta kesukaran susulan kemunculan pandemik COVID-19 berbanding edisi sebelum ini.
"Setakat ini mereka (atlet) tidak membangkitkan perkara lain, mereka hanya bangkitkan keinginan serta kesungguhan mereka yang membuak-buak untuk beraksi di Tokyo. Memang benar ada perasaan bercampur baur, ada yang gementar dan ada yang baru pertama kali beraksi di Olimpik.
"Contoh seperti Azreen (atlet pecut wanita 100m Azreen Nabila Alias) yang terpilih ke temasya sukan itu atas tiket "wild card", dia mahu buktikan bahawa pemilihannya adalah pemilihan yang betul, dan akhirnya menjawab banyak persoalan yang timbul.
"Demikian juga dalam kalangan penerjun dan Azizulhasni (Mohd Azizulhasni Awang) sendiri, mereka mempunyai sasaran, mereka rasakan walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan kesukaran yang dilalui - inilah masanya. Tidak ada lagi peluang yang terbaik, inilah masanya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media secara dalam talian selepas mengadakan pertemuan dengan atlet negara ke Sukan Olimpik Tokyo secara maya hari ini, yang turut disertai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Kontinjen Datuk Lee Chong Wei.
Sukan Olimpik Tokyo dijadual bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos, dengan Malaysia diwakili 30 atlet yang akan beraksi dalam 10 sukan di temasya berkenaan.
Reezal Merican berkata meskipun atlet terpaksa bertanding dalam norma baharu dengan ketiadaan penonton dan sorakan, namun ia tidak akan menghalang mereka daripada memberikan 100 peratus komitmen apabila melangkah masuk ke 'gelanggang'.
Pada masa sama, Reezal Merican berkata tiga sukan iaitu terjun, berbasikal dan badminton kekal menjadi sandaran utama meraih pingat di Tokyo.
"Walaupun begitu, yang lain turut mempunyai keupayaan tersendiri. Secara realistik tiga sukan itu mempunyai prospek untuk menyumbangkan pingat seperti mana yang berlaku di Rio (Sukan Olimpik 2016)," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021
Reezal Merican berkata meskipun atlet terpaksa bertanding dalam norma baharu dengan ketiadaan penonton dan sorakan, namun ia tidak akan menghalang mereka daripada memberikan 100 peratus komitmen apabila melangkah masuk ke 'gelanggang'. - Gambar fail
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan
Reezal Merican berkata KBYC bernilai RM45 juta di DUN Bertam merupakan hasil usahanya yang berhasrat untuk melihat kewujudan sebuah pusat sehenti aktiviti belia di sini.
DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu
Borang pencalonan pertama dikemukakan Khaliq Mehtab pada 9.07 pagi, diikuti Reezal Merican pada pukul 9.13 pagi.
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican
Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi.
PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai
Chang Lih Kang berkata proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.
Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.
Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.