Penganjur acara sukan wajar mempertimbang untuk menangguhkan sebarang program atau kejohanan khususnya yang melibatkan aktiviti luar ketika cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino sekarang.
Pelari pecut kebangsaan, Siti Fatimah Mohamad, 30, berkata suhu yang agak tinggi ketika ini mendedahkan para atlet kepada risiko dehidrasi sekali gus memberi kesan kepada prestasi atlet.
"Bila dehidrasi nanti, badan kita (atlet) jadi sangat letih dan macam-macam boleh jadi," katanya ketika ditemui pemberita pada hari terakhir Kejohanan Allcomers Perak 1 2016 di sini pada Ahad.
Siti Fatimah yang mewakili pasukan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Kita Juara (KOM Kita Juara) dalam acara lari 200 meter sekadar meraih pingat perak, namun berjaya memecah rekod kejohanan dengan catatan masa 24.88 saat.
Juara acara itu, milik Zaidatul Husniah Zulkifli juga dari pasukan KOM Kita Juara dan turut memecah rekod apabila mencatat masa 24.57s. Rekod sebelum ini, 24.90s dicipta pada 2006 oleh Honey Joy dari pasukan Sri Langka.
Ditanya mengenai komitmen selepas ini, Siti Fatimah berkata beliau mungkin melupakan seketika kejohanan dalam negara bagi memberi tumpuan kepada Kejohanan Olahraga Terbuka Taiwan yang dijadual pada Mei depan.
Perlu fokus
Bagaimanapun, pelari pecut lelaki negara Mohd Izzuddin Yahya mempunyai pendapat berbeza, yang berkata faktor cuaca termasuklah suhu yang sangat panas, tidak terlalu mempengaruhi prestasi seseorang atlet.
"Cuaca kita tak boleh nak elakkan. Maka dalam apa juga keadaan kena teruskan, yang penting fokus. Lagipun setiap kejohanan telah diatur lama," katanya yang mendapat pingat perak dalam acara 200 meter, tewas kepada Harith Ammar Mohd Sobri, yang merangkul pingat emas.
Guru Sekolah Menengah Syed Sirajuddin, Arau, Perlis itu juga sedikit 'terkilan' kerana harapannya untuk bersaing dengan Badrul Hisyam Abdul Manap dalam kejohanan kali ini tidak tercapai memandangkan atlet itu sedang berehat akibat kecederaan.
Badrul Hisyam menjadi tumpuan apabila mencatat masa 10.29 saat dalam acara 100 meter pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN di Brunei November lalu, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan 10.30s yang dipegang Watson Nyambek selama 17 tahun.
Bagaimanapun, catatan Badrul Hisyam itu dianggap tidak sah berikutan kegagalan penganjur mengikut spesifikasi ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
Kejohanan Allcomers Perak 1 berlangsung selama dua hari mulai Sabtu di Stadium Perak di sini anjuran bersama Persatuan Olahraga Perak, MSN serta Milo dan disertai kira-kira 750 atlet.
Bernama
Mon Mar 21 2016
Atlet seperti Siti Fatimah (kiri) dan Mohd Izzuddin mempunyai pendapat tersendiri tentang kesan cuaca panas kepada atlet. - Gambar fail
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.