awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atletico mula tewaskan Liverpool di luar stadium - Simeone

Astro Arena
Astro Arena
19/02/2020
02:33 MYT
Atletico mula tewaskan Liverpool di luar stadium - Simeone
Simeone menjangkakan apa yang berlaku di Wanda Metropolitano bakal dihadapi di Anfield tatkala Liverpool tidak pernah tewas di laman sendiri sejak September 2018. Astro ARENA
DIEGO Simeone gembira melihat cara peminat Atletico Madrid melayan kehadiran Liverpool di Wanda Metropolitano dan percaya ia kunci kepada kemenangan mereka, awal pagi tadi.
Peminat Atletico memenuhi jalanan di luar stadium, menyalakan api dan bersorak dengan sangat kuat tatkala bas juara Eropah dan dunia itu tiba untuk aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Atletico hanya menang satu daripada tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan tetapi jaringan awal Saul Niguez membolehkan mereka membawa bekalan 1-0 ke Anfield.
"Kami mula mencipta kemenangan di bulatan sebelah stadium," katanya.
"Dalam lapan tahun, saya tidak pernah melihat perkara sebegitu.
"Suasana sangat mengujakan. Ia membuatkan anda mahu beraksi. Pasukan memberi reaksi dengan persembahan hebat, sama seperti dilakukan di Valencia.
Diego Simeone: "We started to win the match when we were on the bus and saw the fans cheering, excited, fearless." This was what Atletico saw: pic.twitter.com/chANkenUbk
— SBS - The World Game (@TheWorldGame) February 18, 2020
"Ia bukan malam terbaik kerana kami tidak memenangi trofi tetapi ada detik yang tidak akan ada lupakan dan ini adalah salah satu daripadanya.
"Pasukan terbaik dunia datang selepas meraih banyak kemenangan dan anda menewaskan mereka."
Simeone menjangkakan apa yang berlaku di Wanda Metropolitano bakal dihadapi di Anfield tatkala Liverpool tidak pernah tewas di laman sendiri sejak September 2018.
Bercakap mengenai keadaan di Merseyside, pengurus Atletico itu berkata: "Kami akan bermain dengan rendah diri kerana mereka sentiasa menampilkan aksi terbaik di stadium sendiri."
Topic Berkaitan
#Anfield
#Atletico Madrid
#Diego Simeone
#Liga Juara-Juara Eropah
#Liverpool
#pengurus
#Saul Niguez
#tewas di laman sendiri
#Wanda Metropolitano
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan