SURABAYA: Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri memperoleh hadiah hari jadi yang tepat buat dirinya apabila berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90 kilogram (kg) di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di sini hari ini.
Atlet kelahiran Bachok, Kelantan yang menyambut hari lahir ke-21 semalam, mempamerkan kekuatan untuk menumbangkan wakil Indonesia Myza Tyas Nugraha dalam pertarungan sengit pusingan final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Airlangga di sini.
Mengulas mengenai perlawanan itu, atlet Universiti Malaysia Terengganu itu berkata beliau menewaskan lawannya itu dengan mengenal pasti kelemahannya untuk meraih satu mata.
"Saya jangka boleh tumbang lebih cepat, tapi saingan sengit jadi saya cari kesilapan lawan selepas mendapat satu mata saya bertahan hingga masa tamat.
"Inilah hadiah hari jadi yang paling bermakna dalam hidup saya," katanya kepada pemberita selepas pertarungan itu.
Afiq Danish sebelum itu menyingkirkan atlet tuan rumah Muhd Altila Alfaridzi menerusi keputusan ippon selepas mendahului mendahului 1-0 pada awal saingan di pusingan round robin.
Rentak cemerlang kem judo diteruskan Amir Daniel Abdul Majeed yang merangkul emas dalam kategori bawah 81kg.
Pingat itu hadir selepas pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kemboja dan Sukan Komanwel Birmingham meraih 'ippon' selepas menundukkan atlet tuan rumah Yuta Gladius Taslim dalam masa kurang seminit.
Terdahulu, Amir Daniel mengesahkan kemaraan ke final selepas mengecewakan pencabar Singapura Pang Jia Cheng pada pusingan separuh akhir yang berlangsung pagi tadi.
Sementara itu, Tan Yi Ting sekadar meraih gangsa dalam kategori bawah 73kg selepas tewas dalam dua pertarungan pusingan round robbin kepada pencabar Indonesia Chandra Kurnia Rettob dan Singapura Melvin Loo.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90kg di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini. - BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.
AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi
Kem olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Rabu.
AUG 2024: Tari Topeng Kaliwungu curi tumpuan di kolam renang
Tarian berkenaan berasal daripada masyarakat Madura yang berpindah ke Kabupaten Lumajang pada tahun 1940.
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.