SURABAYA: Lagu Negaraku sekali lagi berkumandang di bumi Indonesia sebanyak tiga kali apabila kem olahraga negara cemerlang menyumbang tiga pingat emas dalam acara 400 meter (m) lelaki dan wanita selain 4x100m lelaki di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 pada Rabu.
Emas itu hadir menerusi Umar Osman dalam acara 400m lelaki yang menamatkan larian dengan catatan masa 47.22 saat (s) untuk pingat emas pada aksi final yang berlangsung di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya (UNESA).
Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik pelari tuan rumah Muhamad Ramdan Fitadi (48.20s) dan pelari Thailand Jirateep Bundee (48.66s).
Kecemerlangan itu diteruskan Shereen Samson Vallabouy dalam acara 400m wanita yang menamatkan larian di tempat pertama dengan catatan masa 53.71s, meninggalkan pelari Thailand Benny Nontanam (55.09s) dan pelari tuan rumah Maulidah (56.51s) masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.
Lebih manisnya, Malaysia turut memperoleh sebutir lagi pingat emas menerusi kuartret Alif Iman Mohd Fahimi, Mohd Raimi Mustafa Kamal, Mohammad Thaqif Mohammad Hisham dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang mengungguli acara 4x100m dengan catatan masa 40.10s.
Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Thailand (40.75s) dan Indonesia (40.93s).
Acara 4x100 wanita pula membutirkan pingat gangsa menerusi Chelsea Cassiopea Evali Bopulas, Azreen Nabila Alias, Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dan Nur Aishah Rofina Aling yang menamatkan saingan dengan catatan 47.13s.
Sementara itu, Umar ketika ditemui berkata beliau berpuas hati dengan penampilannya semalam dan tekad untuk menyumbang satu lagi pingat emas dalam acara 4x400m lelaki yang akan berlangsung hari ini (Khamis).
"Hari ini saya yakin dapat emas sebab yakin dengan diri saya sendiri. Kejohanan ini juga persediaan ke Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak," katanya kepada pemberita selepas kejohanan di sini semalam.
Sebagai rekod, tiga pingat emas ini menjadikan sukan olahraga memperoleh keseluruhan enam pingat emas untuk kontinjen Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Umar (gambar) berkata dia berpuas hati dengan penampilannya pada Rabu dan tekad untuk menyumbang satu lagi pingat emas dalam acara 4x400m lelaki yang akan berlangsung hari ini. - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.
AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi
Kem olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Rabu.
AUG 2024: Tari Topeng Kaliwungu curi tumpuan di kolam renang
Tarian berkenaan berasal daripada masyarakat Madura yang berpindah ke Kabupaten Lumajang pada tahun 1940.
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.