Harapan menggunung penyokong Malaysia untuk menyaksikan skuad hoki negara muncul juara Piala Sultan Azlan Shah tidak kesampaian.

Ia susulan kekalahan tipis 3-2 skuad negara kepada Australia dalam aksi final di Ipoh.

Dalam aksi final edisi ke-22 yang penuh mendebarkan itu, skuad negara terlebih dahulu mendahului seawal minit ke-4 menerusi jaringan Faisal Saari.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila Australia membalas dengan dua jaringan pantas pada minit ke-29 dan 30.

Tersentak dengan dua gol berkenaan.

Skuad negara cuba bangkit dan akhirnya berjaya membolosi gawang Australia pada minit ke-49.

Bagaimanapun Trent Milton muncul wira Australia apabila meledak gol pada minit ke-70.

Kedudukan 3-2 itu kekal hingga tamat perlawanan.