LIVERPOOL menerajui carta pada minggu kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baharu selepas Manchester City terikat dua sama dengan Tottenham Hotspurs di Stadium Etihad.
Anak buah Jurgen Klopp mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan tuan rumah Southampton 2-1 hasil jaringan Sadio Mane dan Roberto Firmino.
Bermain di laman sendiri, Soton sering kali juga menguji keutuhan barisan pertahanan The Reds pimpinan Virgil van Dijk dan terutamanya penjaga gol baharu yang menggantikan Alisson Becker, Adrian dari Wes Ham.
Seminit sebelum separuh masa pertama selesai, gerakan pantas Mane melepaskan rembatan lengkung di antara kawalan tiga pertahanan The Saints, berjaya menewaskan penjaga gol Angus Gunn.
Kemudian Bobby Firmino menggandakan pendahuluan pada minit ke-71, menebus kegagalan meledak peluang keemasan daripada gerakan cantik beberapa minit sebelum itu dengan rembatan leret menerjang jaring lawan.
Namun seperti dikhuatiri susulan beberapa kesilapan pada separuh masa pertama, Adrian sekali lagi cuai dan kali ini dihukum bekas pemain Liverpool, Danny Ings yang membuka akaun jaringannya untuk musim ini.
Masa tamat dengan keputusan tidak berganjak, meletakkan The Reds di persada liga sementara menunggu kesudahan pertemuan City dengan Spurs di Manchester.
Penyerang sensasi England, Raheem Sterling sekali lagi meledak untuk membuka tirai jaringan dengan tandukan daripada hantaran lintang selepas 20 minit sepak mula, namun rembatan luar petak penalti Erik Lamela menyamakan kedudukan hanya tiga minit selepas itu.
Kemudian pada minit ke-35, Sergio Aguero meletakkan kembali City di depan tetapi sekali lagi kelebihan City dirampas kali ini oleh Lucas Moura tidak lama selepas masuk menggantikan Tanguy Ndombele pada minit ke-56.
Gabriel Jesus menggegarkan Stadium Etihad pada minit ke-92 perlawanan apabila rembatannya merobek gawang Spurs, bagaimanapun dibatalkan oleh pengadilan bantuan video (VAR), yang pertama kali diperkenalkan dalam saingan EPL musim ini, selepas bola disahkan mengenai tangan Aymeric Laporte daripada tendangan sudut.
Mata terikat, mata dikongsi sekali gus meletakkan anak buat Pep Guardiola di tangga ketiga di belakang Arsenal yang kekurangan perbezaan dua gol berbanding Liverpool di tangga teratas buat setakat ini.
Manchester United boleh memintas Liverpool sekiranya menang dengan kelebihan satu gol sahaja menentang Wolverhampton pada Selasa depan.
TONTON SOROTAN PERLAWANAN DI BAWAH:
Israr Khalid
Sat Aug 17 2019
Pemain Liverpool Roberto Firmino (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan EPL antara Southampton dan Liverpool, di St Mary's, Southampton, England, 17 Ogos, 2019. (Foto AP)
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Saya tinggalkan Chelsea kerana 'cita-cita' - David Luiz
Lampard memberitahunya bahawa dia tidak dijanjikan kekerapan dalam kesebelasan utama, jadi lebih baik dia mengundur diri untuk cari cabaran baharu.
#AWANIepl Minggu Dua: Liverpool dahului carta, setakat ini, terima kasih kepada VAR
Manchester City catat keputusan seri yang pertama hanya pada minggu kedua, tuah buat Liverpool untuk menerajui liga sekurang-kurangnya sehingga Selasa ini.