awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Axle Motorsport akan sertai '24 Hours of Le Mans Virtual'

Bernama
Bernama
05/06/2020
22:43 MYT
Axle Motorsport akan sertai '24 Hours of Le Mans Virtual'
Pasukan Axle Motorsport akan dibarisi rakyat Malaysia merangkumi pemandu yang pernah memenangi pertandingan dalam talian eRacing GP. - Foto BERNAMA
Axle Motorsport yang diterajui bekas pelumba F1 Alex Yoong terpilih sebagai antara 60 pasukan yang akan bertanding dalam perlumbaan maya menerusi trek rFactor 2 dikenali "24 Hours of Le Mans Virtual" pada 13 dan 14 Jun ini.
Dalam kenyataannya pada Jumaat, Axle Motorsport berkata pasukan mereka akan dibarisi rakyat Malaysia merangkumi pemandu yang pernah memenangi pertandingan dalam talian eRacing GP.
Memandangkan Le Mans mensyaratkan dua daripada empat pemandu adalah pelumba dalam realiti sebenar, Alister Yoong akan dinamakan sebagai pemandu kedua dalam kombinasi ayah-anak bagi Axle Motorsport.
Dua lagi pemandu ialah pelumba sim terpantas di Malaysia pada masa ini, Naquib Azlan yang menamatkan saingan eRacing GP Edisi Global pertama di tempat kedua dan pelumba berpengalaman Mika Hakimi yang pernah memenangi beberapa perlumbaan lasak.
Mereka akan berlumba dalam kelas Le Mans Prototypes 2, memandu ORECA putih dan merah bernombor 21.
Pasukan Malaysia merupakan satu-satunya pasukan Asia yang tersenarai selain pasukan Toyota Gazoo Racing team dan mereka akan disertai pemandu seperti Fernando Alonso, Max Verstappen dan ramai lagi pemandu kereta lumba bertaraf dunia.
Perlumbaan maya itu diadakan berikutan penularan pandemik COVID-19 yang memaksa perlumbaan ke-88 "24 Hours of Le Mans" ditangguhkan ke September ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#24 Hours of Le Mans Virtual
#Alex Yoong
#Alister Yoong
#Axle Motorsport
#COVID-19
#dalam talian
#eRacing
#F1
#GP
#kereta
#Malaysia
#Max Verstappen
#Mika Hakimi
#Naquib Azlan
#Pasukan
#pelumba
#pelumba sim
#pemandu
#perlumbaan maya
#pertandingan
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan